SUNGAI BESAR: Usaha bekas Perdana Menteri, Tun
Dr Mahathir Mohamad untuk meneruskan kempen bersama pembangkang selepas solat
Jumaat tadi terbantut kerana hujan.
Hujan lebat pada
sebelah petang memaksa Dr Mahathir membatalkan program tinjauan mesra di sekitar
Sungai Besar seperti bazar Ramadan di Sungai Haji Dorani. Sebelum itu, Dr
Mahathir yang berkongsi pentas dengan pemimpin pembangkang termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengadakan ceramah di Tali Air 8,
Sekinchan pada jam 10.30 pagi.
Ini adalah kali kedua Dr Mahathir turun ke
Sungai Besar membantu kempen pembangkang dengan kali pertama pada Sabtu lalu.
Beliau juga secara terbuka menyatakan sokongan kepada
calon Parti Amanah Negara, Azhar Abdul Shukur ketika
berceramah di Sekinchan Sabtu lalu.
Sumber: KLIK DISINI