KUALA LUMPUR, 18 Jun: Keputusan rasmi
menunjukkan Barisan Nasional (BN) menang besar di kedua-dua pilihan raya kecil
Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Di Kuala Kangsar, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
mengumumkan calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid sebagai
pemenang.
Menurut Pegawai pengurus Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria, Mastura
berjaya mendapat 12,653 undi.
Calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad (5,684), calon Amanah, Prof
Dr Ahmad Termizi Ramli (4,883) manakala calon Bebas, Izat Bukhary Ismail
Bukhary hanya mendapat 54 undi dan hilang wang pertaruhan.
Di Sungai Besar, Barisan Nasional (BN) tidak menyangka
mereka menang besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar yang diadakan
hari ini.
Undi majoriti antara calon BN, Budiman
Mohd Zuhdi dan calon Amanah, Ustaz Azhar adalah sebanyak 9,191 di mana BN
berjaya memperolehi sebanyak 16,800 undi manakala Amanah
dan PAS hanya berbeza sebanyak seribu undi di mana Amanah memperoleh 7609 dan
calon PAS, Dr Rani pula mendapat sebanyak 6902 undi.
PRK Kuala Kangsar mencatatkan peratusan keluar
mengundi sebanyak 71.4 peratus berbanding 84.3 peratus semasa PRU13.
Sumber: KLIK DISINI