Masa proses penamaan calon tempoh hari,
bukan main bersemangat balacinya Mahathir kata yang si tua itu akan datang
berkempen di Sg Besar dan Kuala Kangsar. Mahathir katanya dengan macam mana
cara tidak akan benarkan BN menang sebab itu dia akan datang walaupun tak
sihat.
Semangat bunyinya kan. Tak tahulah
balaci tu yang cakap ke atau memang Mahathir yang cakap macam itu.
Tapi sudah beberapa hari sejak
kenyataan itu dibuat, bayang Mahathir pun tak nampak lagi ni, tak tahu dia buat
apa. Ada suratkhabar cina kata Mahathir akan datang semalam, tapi jenuh
menunggu, tak ada jugak. Nak kata dia ke luar negara, tak pulak dengar khabar
berita.
Mungkin tak sihat, tapi dah kata hari
itu, walaupun sakit, dia akan tetap datang berkempen untuk PAN di Sg Besar.
Apa pun, sekadar nak bagitahu bahawa
berdasarkan kajian yang dijalankan pembangkang sendiri, pengundi cina di
Sekinchan menolak Mahathir - kot la Mahathir nak menjadikan kubu DAP ini
sebagai lokasi pertama dia berkempen untuk PAN di Sg Besar.
Tak hairan (kenapa Mahathir ditolak)
sebab dah banyak yang buruk dicakapkan pemimpin DAP tentang Mahathir dulu, alih
sekarang tetiba nak buat baik dan jadikan sekutu? Siapa bodoh saja yang percaya
mudah macam itu saja pandangan mereka terhadap Mahathir boleh berubah.
Silap-silap Mahathir dihalang dari
masuk Sg Besar, itu yang dah dekat seminggu kempen, dia masih tak muncul
muncul.
Sumber: Balqis Sheikh