SINGAPURA – Seorang amah berusia 27 tahun yang berang dimarahi bertindak keji
dengan mencampurkan
air kencingnya dengan susu
dan termos minuman sebelum diberikan
kepada anak dan ahli
keluarga majikannya.
Menurut sebuah portal negara itu, amah yang dikenali sebagai Ela
bertindak sedemikian kerana mahukan ahli keluarga majikannya itu tunduk
kepadanya.
Perbuatan terkutuk Ela terbongkar apabila majikannya mendapati air
di dalam termos berwarna kekuningan dan berasa pelik serta berbau hancing
apabila dibiarkan semalam dalam kejadian yang berlaku pada Oktober 2015.
Suspek dihantar pulang ke agensinya dan mengaku melakukan
perbuatan ‘nakal’ itu.
Ela dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan ‘nakalnya’ dan dijatuhi
hukuman penjara selama enam minggu dalam satu perbicaraan pada 6 Jun lalu.
Baca
: Amah Jijik, Campur Air Kencing Dalam Minuman Majikan
Terdahulu, Mynewshub ada juga melaporkan kejadian yang sama
berlaku di Kuwait, dimana seorang amah dirakam melakukan perbuatan jijik itu
dengan mencampurkan air kencing ke dalam minuman yang disediakan sebelum
diberikan kepada majikannya.-MYNEWSHUB.CC