Translate

Memaparkan catatan dengan label Proton. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Proton. Papar semua catatan

19/06/2017

PERANGAI MADEY SEMAKIN JAHAT KERANA TERDESAK ???

Mahathir, Proton, FGV & Cukai Katil

Nota ringkas untuk hari ini:
Mahathir berkata Proton telah dijual kerana dendam. Apa yang telah Tun Mahathir lakukan terhadap Syed Mokhtar sehingga menyebabkan beliau marah dan berdendam? Proton dimiliki oleh Syed Mokhtar, jadi penjualan adalah keputusan beliau.
Tun M berkata bahawa Proton tidak dibayar pinjaman mudah RM1.5 bilion oleh Kerajaan. Semakan dengan kenalan saya dalam Kerajaan dan vendor menunjukkan ini tidak benar dan vendor telah dibayar. Adakah Tun Mahathir mempunyai bukti bahawa tiada sebarang RM1.5 bilion dalam pinjaman mudah ini sampai ke Proton atau anda hanya main cakap sahaja walaupun ia adalah bulan Ramadhan?

01/06/2017

OTAK MAHATHIR SEMAKIN KURENG DAN BERKARAT !!!!

Kerajaan Tak Mahu Nasib Proton Jadi Seperti Perwaja
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mempertahankan kerjasama strategik Proton-Geely sambil menegaskan, kerajaan tidak mahu syarikat kereta nasional itu berhadapan dengan nasib yang dialami Perwaja Steel (Perwaja).
Kata beliau, kerajaan cuba membangunkan industri besi dan keluli menerusi Perwaja tetapi akhirnya syarikat itu ditutup disebabkan masalah pengurusan pada tahun 1990-an.
“Banyak kerajaan tolong tetapi akhirnya Perwaja ditutup. Ramai pekerja Perwaja kena berhenti dan kilang sudah tidak beroperasi. Takkan kita hendak buat Proton begitu. Saya hendak tekankan kita tidak mahu nasib akan jadi macam Perwaja,” kata beliau.
Baca Juga: KLIK DISINI

13/10/2016

Dr Mahathir bersikap keterlaluan menuduh Najib ingin membunuh Proton ???

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menerusi entri blog bertajuk 'Pemerintahan Kuku Besi' mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Proton bankrap dan dijual dengan murah.

Katanya, Najib akan melakukan apa sahaja untuk memadamkan legasi Dr Mahathir yang mencipta Proton sebagai industri automotif tempatan.

"Nama saya tidak boleh dikait dengan Proton. Proton hendaklah dijual kepada orang asing 100% supaya industri kereta nasional dihapuskan.

"Hanya kereta import sahaja yang boleh dijual di Malaysia. Jangan ada apa-apa yang dimula oleh saya. Biar hancur industri tempatan asalkan Najib puas hati," kata Dr Mahathir di blog chedet.cc, semalam.

17/01/2016

Alasan Proton Tak Munasabah, Ringgit Pernah Lebih Rendah

Tindakan Proton yang dipengerusikan Mahathir menaikan harga kereta keluarannya kerana faktor kenaikan ringgit, membuktikan bahawa syarikat itu masih lagi banyak mengimport peralatan membuat kenderaan dari luar, disebalik dakwaan Mahathir bahawa kewujudan Proton telah menghasilkan vendor tempatan yang mengeluarkan peralatan kenderaan.

Satu lagi pengeluar kenderaan nasional negara, Perodua, tidak pula menaikkan harga kereta, nampak sangat ada yang tak kena.

Entah kemana berbilion wang negara yang disuntik kedalam Proton sejak 1984, sehingga syarikat itu gagal membangunkan vendor tempatan dan masih bergantung kepada produk import. Lagipun alasan kenaikan ringgit ini tidak munasabah, ringgit pernah naik lebih tinggi dari sekarang, tapi Proton tak pulak naik harga?

16/06/2014

TUN MAHATHIR PUNCA PROTON KECUNDANG ???


PROTON tukar strategi kata Dr Mahathir

PROTON kini menukar strateginya daripada pengeluar kereta murah kepada pengeluar kereta bertaraf dunia, kata Pengerusi PROTON, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri keempat itu berkata PROTON sentiasa dilabel sebagai pembuat kereta murah atau pengeluar kereta berkualiti rendah.

"Kini, PROTON mahu mengeluar kereta bertaraf dunia, dan anda perlu membayar harga yang lebih tinggi. Anda tidak boleh dapat kereta yang baik dan membayar pada harga yang rendah," katanya kepada pemberita semasa ditanya mengenai rancangannya ke atas PROTON.

Dr Mahathir yang juga pengerusi Yayasan Kemajuan Kehidupan Manusia (HLAF) menyampaikan ucaptama dan melancarkan Anugerah Tahunan HLAF dan Bengkel di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...