Nota
ringkas untuk hari ini:
Mahathir
berkata Proton
telah dijual kerana dendam. Apa
yang telah Tun Mahathir lakukan terhadap Syed Mokhtar sehingga menyebabkan
beliau marah dan berdendam? Proton dimiliki oleh Syed Mokhtar, jadi penjualan
adalah keputusan beliau.
Tun
M berkata bahawa Proton
tidak dibayar pinjaman mudah RM1.5 bilion
oleh Kerajaan. Semakan dengan kenalan saya dalam Kerajaan dan vendor
menunjukkan ini tidak benar dan
vendor telah dibayar. Adakah Tun Mahathir mempunyai bukti bahawa tiada sebarang
RM1.5 bilion dalam pinjaman mudah ini sampai ke Proton atau anda hanya main
cakap sahaja walaupun ia adalah bulan Ramadhan?
Saham FGV telah pulih kepada
RM1.80 hari ini. Mereka yang memberi komen dalam catatan saya tentang FGV
minggu lalu bahawa mereka akan membeli saham FGV pastinya akan membuat pulangan
antara 11.8% hingga 19.2% dalam masa seminggu – jauh lebih baik daripada kadar
faedah Ah Long atau pulangan KWSP.
Lim Guan Eng mengadu bahawa Cukai Hotel Persekutuan adalah tinggi
tetapi berkata beliau masih akan terus dengan cukai hotel negerinya selain
Cukai Hotel Persekutuan untuk menjadikan kadar itu lebih tinggi.
Memandangkan Pulau Pinang juga akan mendapat potongan daripada Cukai
Hotel Persekutuan, ini bermakna Pulau Pinang akan mengutip dua kali ganda lebih
banyak wang hasil daripada kedua-dua cukai.
Adakah Kerajaan Pulau Pinang begitu terdesak untuk mendapatkan wang
sehinggakan mereka mahu mengutip dua kali ganda?
Adakah Pulau Pinang akan bankrap?