Ketua ARMADA PPBM, Syed Saddidq Syed Abdul Rahman telah membocorkan rahsia besar pihak pembangkang dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau
telah mendedahkan kepada tiga lagi Exco ARMADA berkenaan pertemuannya dengan
Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamed dan Tun Daim
Zainuddin bagi merancang mengenai isu DOJ-US yang
dibangkitkan pada 15 Jun 2017 lepas.
Syed
Saddiq turut menerangkan kepada tiga Exco ARMADA tersebut berkenaan perancangan
dan perkara yang bakal berlaku kepada Malaysia selepas isu ini dibangkitkan
pada Khamis lepas.
Rahsia
besar yang dibocorkan Syed Saddiq adalah berkenaan Daim membayar kepada Clinton
Foundation sebanyak USD5 juta atau sekitar RM22 juta melalui orang tengah bagi memastikan
DOJ mengganggu Najib.
Isu
DOJ-US yang timbul baru-baru ini telah dirancang dengan teliti oleh Mahathir
dan Daim, serta mereka turut merancang langkah seterusnya yang perlu
dilaksanakan sebaik sahaja isu ini meledak.
Syed
Saddiq juga memberitahu kepada ketiga-tiga exco ARMADA bahawa sejumlah RM50
juta telah diperuntukkan untuk tujuan tersebut dan sebahagiannya disalurkan kepada
Sarawak Report.
Kesimpulannya,
Syed Saddiq telah sedia maklum lebih awal berkenaan isu DOJ dan bayaran
sebanyak USD5 juta kepada pihak luar bagi mewujudkan isu untuk menjatuhkan
Najib. Pendedahan konspirasi ini membuktikan Mahathir
membiayai pihak luar bagi tujuan kepentingan politiknya.
Sumber: KLIK DISINI