Translate

Memaparkan catatan dengan label Tun Daim Zainuddin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tun Daim Zainuddin. Papar semua catatan

17/04/2019

KERAJAAN PAKATAN HANCING GAGAL TADBIR NEGARA

Kenyataan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin MEMINTA RAKYAT MEMBERI TEMPOH ENAM BULAN LAGI bagi kerajaan memulihkan negara membuktikan PH GAGAL MENTADBIR NEGARA sebagaimana sepatutnya.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, kenyataan itu juga menunjukkan CEP gagal mengemukakan formula terbaik menguruskan ekonomi negara kepada kerajaan.

Menurutnya, rakyat sudah mula menerima kesan daripada kegagalan pentadbiran PH dan sepatutnya kerajaan segera menyelesaikan masalah rakyat terutamanya berkaitan kenaikan kos sara hidup dan kekurangan bantuan kebajikan.

Pelaburan masuk ke negara ini juga seakan tiada malah berlaku pengaliran keluar dana asing daripada negara ini. JIKA TEMPOH ENAM BULAN LAGI DIPERLUKAN PASTI KESAN LEBIH BESAR PADA RAKYAT DAN NEGARA AKAN BERLAKU.

“Selepas 9 Mei 2018, tidak banyak janji yang berjaya dilaksanakan kerajaan PH melainkan melaksanakan semula banyak dasar atau program yang dijalankan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu yang dikritik hebat oleh PH,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Parlimen Lenggong itu turut menyifatkan kerajaan PH sebagai ‘KERAJAAN YANG SUKA MEMUNGKIRI JANJI’ dan gemar berdolak-dalik dalam percakapannya.

“Daripada berjanji akan tunaikan janji dalam masa sehari, kemudian tukar kepada tidak perlu tunai janji menggambarkan Kerajaan PH adalah kerajaan yang suka memungkiri janji.

“Kemudian meminta lagi tempoh enam bulan untuk melaksanakannya, ia adalah suatu yang tidak boleh diterima. Pimpinan dan kerajaan PH diharap menghormati daya intelektual rakyat kerana rakyat sudah bijak, boleh menilai tindakan dilakukan kerajaan,” ujarnya.

Shamsul Anuar turut mempersoalkan adakah kerajaan akan sekali lagi meminta lebih masa SEKIRANYA MASIH GAGAL MENUNAIKAN JANJINYA SELEPAS ENAM BULAN.

“Bayangkan kalau selepas enam bulan nanti, janji-janji itu tidak dapat dilaksanakan, apakah selepas itu PH akan meminta tempoh enam bulan lagi dan enam bulan lagi?
“ADAKAH RAKYAT AKAN TERUS DITIPU?” soal beliau.

Kelmarin, Daim berkata kerajaan memerlukan enam bulan lagi untuk memulihkan negara selepas mengambil alih pentadbiran Mei tahun lalu.

Rujukan: KLIK DISINI 

Rujuk Disini : KLIK CEPAT DISINI

20/03/2019

#ECRL: LIM GUAN ENG TAK LAYAK KERANA RASUAH

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menjelaskan mengapa kerajaan meminta TUN DAIM ZAINUDDIN BERUNDING SEMULA dengan China untuk projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) DAN BUKANNYA LIM GUAN ENG.
Perdana Menteri berkata, kerajaan perlu memilih seorang wakil yang boleh diterima negara lain, selain kebolehan tertentu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, pemilihan Daim berdasarkan KELAYAKAN DAN KEUPAYAANNYA untuk berunding dengan China.
“Kita pilih berdasarkan kemampuan kerana kadang-kadang apabila kita berunding, kita memerlukan seseorang yang boleh diterima oleh pihak lain.
“Kita juga mempunyai sekatan tertentu dalam memilih orang itu untuk menjadi perunding kita. Sebab itulah kita memilih orang lain (Daim), yang kami nilai sebagai orang yang mahir dan mampu berunding dengan China.
Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Ismail Mohamed Said (Kuala Krau-BN) yang bertanya mengapa Guan Eng tidak mengetuai rundingan semula projek ECRL dengan China.
Perjanjian dengan China akan dimuktamadkan dan bakal diumumkan tidak lama lagi. – MalaysiaGazette

20/06/2017

SADDIQ SIGARAGA KENA PECAT DARI PPBM???

Syed Saddiq Dedah AS$5 Juta Dibayar Kepada Clinton Foundation Agar DOJ Serang Najib Razak

Ketua ARMADA PPBM, Syed Saddidq Syed Abdul Rahman telah membocorkan rahsia besar pihak pembangkang dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau telah mendedahkan kepada tiga lagi Exco ARMADA berkenaan pertemuannya dengan Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamed dan Tun Daim Zainuddin bagi merancang mengenai isu DOJ-US yang dibangkitkan pada 15 Jun 2017 lepas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...