Kenyataan Pengerusi Majlis Penasihat
Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin MEMINTA
RAKYAT MEMBERI TEMPOH ENAM BULAN LAGI bagi kerajaan memulihkan negara membuktikan PH GAGAL MENTADBIR NEGARA sebagaimana sepatutnya.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul
Anuar Nasarah berkata, kenyataan itu juga menunjukkan CEP gagal mengemukakan
formula terbaik menguruskan ekonomi negara
kepada kerajaan.
Menurutnya, rakyat sudah mula menerima
kesan daripada kegagalan pentadbiran PH dan sepatutnya kerajaan segera
menyelesaikan masalah rakyat terutamanya berkaitan kenaikan kos sara hidup dan
kekurangan bantuan kebajikan.
“Pelaburan masuk ke negara ini juga seakan
tiada malah berlaku pengaliran
keluar dana asing daripada negara ini. JIKA
TEMPOH ENAM BULAN LAGI DIPERLUKAN PASTI KESAN LEBIH BESAR PADA RAKYAT DAN
NEGARA AKAN BERLAKU.
“Selepas 9 Mei 2018, tidak banyak janji
yang berjaya dilaksanakan kerajaan PH melainkan melaksanakan semula banyak
dasar atau program yang dijalankan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu
yang dikritik hebat oleh PH,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Lenggong itu turut
menyifatkan kerajaan PH sebagai ‘KERAJAAN
YANG SUKA MEMUNGKIRI JANJI’ dan gemar berdolak-dalik dalam
percakapannya.
“Daripada berjanji akan tunaikan janji
dalam masa sehari, kemudian tukar kepada tidak perlu tunai janji menggambarkan
Kerajaan PH adalah kerajaan yang suka memungkiri janji.
“Kemudian meminta lagi tempoh enam
bulan untuk melaksanakannya, ia adalah suatu yang tidak boleh diterima.
Pimpinan dan kerajaan PH diharap menghormati daya intelektual rakyat kerana
rakyat sudah bijak, boleh menilai tindakan dilakukan kerajaan,” ujarnya.
Shamsul Anuar turut mempersoalkan
adakah kerajaan akan sekali lagi meminta lebih masa SEKIRANYA MASIH GAGAL
MENUNAIKAN JANJINYA SELEPAS ENAM BULAN.
“Bayangkan kalau selepas enam bulan
nanti, janji-janji itu tidak dapat dilaksanakan, apakah selepas itu PH akan
meminta tempoh enam bulan lagi dan enam bulan lagi?
“ADAKAH RAKYAT AKAN TERUS DITIPU?”
soal beliau.
Kelmarin, Daim berkata kerajaan
memerlukan enam bulan lagi untuk memulihkan negara selepas mengambil alih
pentadbiran Mei tahun lalu.