Ketua
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki MEMPERSOALKAN DIMANA
MENTERI KEWANGAN LIM GUAN ENG dalam KEADAAN EKONOMI NEGARA YANG SEMAKIN PARAH.
Tegasnya,
sepatutnya dalam keadaan ekonomi yang makin parah, rakyat marhain yang harus
dibela namun sebaliknya yang berlaku.
“Lebih
meresahkan apabila Menteri Kewangan LIM GUAN ENG DILIHAT LEBIH
MEMENTINGKAN TAUKE-TAUKE KAYA berbanding rakyat marhain. Tauke-tauke yang selama
ini berjaya melarikan diri dari membayar cukai yang sepatutnya
dibayar kepada negara (BLACK
ECONOMY) melalui sistem percukaian lama, bukan
sahaja dibela dengan pemansuhan GST tetapi dikhabarkan Guan Eng telah membayar
balik RM 19 bilion nilai input cukai GST walaupun pihak kastam hanya
mengesahkan cukai input setakat ini RM5 bilion.
“Duit Petronas RM82
bilion yang dijarah sewajarnya diutamakan untuk menambah bantuan kepada rakyat
marhain berbanding membayar balik cukai input GST kepada tauke-tauke yang kaya.
“Ternyata,
dasar populis Pakatan Harapan (PH) memansuhkan GST yang terbukti bukan sahaja
gagal menurunkan harga barang dan kos sara hidup rakyat sebagaimana yang
dijanjikan, malah mula MENAMPAKKAN KESAN BURUK TERHADAP
PRESTASI KESELURUHAN EKONOMI DAN KEYAKINAN PELABUR ASING TERHADAP KEMAPANAN
KEWANGAN NEGARA.”
Beliau
berkata demikian dalam kenyataan hari ini yang disiarkan menerusi laman
Facebooknya selepas menonton ulasan penganalisis kewangan daripada UBS Group
AG, sebuah bank pelaburan terkemuka antarabangsa di Bloomberg TV.
“…
yang pastinya amat menakutkan dan menggusarkan kita semua. Sentimen pelabur
antarabangsa terhadap kedudukan ekonomi dan kewangan negara nampaknya semakin
buruk.”
Katanya,
baru-baru ini Tabung Persaraan Global Norway telah mengeluarkan semua pelaburan
yang dibuat di pasaran Malaysia baik Bon atau Ekuiti berjumlah RM8.0 billion.
“Semalam
FTSE RUSSEL YANG BERPANGKALAN DI LONDON menggambarkan
kemungkinan akan MENGELUARKAN BON MALAYSIA DARI INDEKS BON GLOBAL mereka.
Manakala pasaran Bursa Malaysia KLSE adalah satu-satunya pasaran Asia yang mencatatkan kerugian.
“Malaysia
juga dikatakan bakal mengalami aliran keluar modal asing sehingga mencecah RM42
billion. Kalau ini berterusan kita akan menyaksikan kesuraman pasaran modal
negara, setelah nilai saham-saham di Bursa Malaysia mengalami kerugian RM270
bilion tahun lepas akibat HARGA
SAHAM JATUH TERUK SELEPAS PRU14.”
Jelasnya,
kelmarin sahaja Ringgit Malaysia (RM) mencatatkan kejatuhan nilai tertinggi
sejak tahun 2016 dan kini diperdagangkan pada kadar USD1 BERBANDING RM4.12.
Rujukan:
KLIK DISINI