Pengamal
undang-undang, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, hal ini bukan disebabkan
oleh tindakan empat profesor perundangan yang dituduh cuba mengelirukan Majlis
Raja-Raja dengan membentangkan kertas kerja masing-masing.
“Saya
tidak setuju bahawa empat pensyarah itu telah mengelirukan Majlis Raja-Raja.
Isunya sekarang, Peguam Negara, Tommy Thomas dan Professor
Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi gagal meyakinkan Majlis Raja-Raja kerana kedua-dua pihak ini
diundang oleh Majlis Raja-Raja untuk bentangkan kertas kerja mengenai Statut
Rom.
"Tommy
Thomas sendiri bila dijemput ke Majlis Raja-Raja gagal
kemukakan hujah balas mengenai perbentangan empat pensyarah itu. Jadinya,
ini bukan cerita empat pensyarah ini kelirukan Majlis Raja-Raja, tapi isunya
adalah Peguam Negara gagal yakinkan Majlis Raja-Raja dalam isu ini,” katanya
dalam Bicara Persada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang bertajuk Statut
Rom: Malaysia ke Arah Mana? di Bangi dekat sini hari ini.
Yang
turut menjadi panel dalam program itu ialah Pensyarah Fakulti Undang-Undang
UKM, Prof. Datin Faridah Jalil; Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Advokasi
Hak Asasi Manusia (Centhra), Azril Mohd. Amin dan
Ketua
Gabungan Pembebasan Akademik Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Asheeq Ali Sethi
Alivi serta moderator oleh pensyarah undang-undang UKM, Prof. Datuk Dr. Noor
Aziah Mohd. Awal.
Pada 7
April lalu, Asheeq Ali mendedahkan mengenai rumusan eksekutif Statut Rom yang
dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja pada 2 April lepas.
Asheeq
Ali dan lapan rakannya mempersoalkan mengapa kajian itu dijalankan secara sulit
tanpa diketahui masyarakat selain mendakwa hujah-hujah rumusan itu bersifat
berat sebelah, kerana hanya mempersoalkan sebab Majlis Raja-Raja perlu menolak
perjanjian antarabangsa itu.
Rumusan
itu dilakukan Dekan Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM),
Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad; Pakar Perlembagaan Persekutuan Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr Shamrahayu Ab. Aziz; serta dua
pensyarah undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Fareed Mohd
Hassan dan Hisham Hanapi. - UTUSAN ONLINE
Rujukan: KLIK DISINI