Translate

Memaparkan catatan dengan label Majlis Raja-Raja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Majlis Raja-Raja. Papar semua catatan

19/04/2019

MAHATHIR , TOMMY THOMAS, PERLU DIHERET KE MAHKAMAH

KUALA LUMPUR 19 April - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak dapat meratifikasi Statut Rom berikutan Peguam Negara, TOMMY THOMAS SENDIRI GAGAL meyakinkan Majlis Raja-Raja berhubung perkara berkenaan.
Pengamal undang-undang, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, hal ini bukan disebabkan oleh tindakan empat profesor perundangan yang dituduh cuba mengelirukan Majlis Raja-Raja dengan membentangkan kertas kerja masing-masing.
“Saya tidak setuju bahawa empat pensyarah itu telah mengelirukan Majlis Raja-Raja. Isunya sekarang, Peguam Negara, Tommy Thomas dan Professor Emeritus Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi gagal meyakinkan Majlis Raja-Raja kerana kedua-dua pihak ini diundang oleh Majlis Raja-Raja untuk bentangkan kertas kerja mengenai Statut Rom.
"Tommy Thomas sendiri bila dijemput ke Majlis Raja-Raja gagal kemukakan hujah balas mengenai perbentangan empat pensyarah itu. Jadinya, ini bukan cerita empat pensyarah ini kelirukan Majlis Raja-Raja, tapi isunya adalah Peguam Negara gagal yakinkan Majlis Raja-Raja dalam isu ini,” katanya dalam Bicara Persada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang bertajuk Statut Rom: Malaysia ke Arah Mana? di Bangi dekat sini hari ini.
Yang turut menjadi panel dalam program itu ialah Pensyarah Fakulti Undang-Undang UKM, Prof. Datin Faridah Jalil; Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra), Azril Mohd. Amin dan
Ketua Gabungan Pembebasan Akademik Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Asheeq Ali Sethi Alivi serta moderator oleh pensyarah undang-undang UKM, Prof. Datuk Dr. Noor Aziah Mohd. Awal.
Pada 7 April lalu, Asheeq Ali mendedahkan mengenai rumusan eksekutif Statut Rom yang dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja pada 2 April lepas.
Asheeq Ali dan lapan rakannya mempersoalkan mengapa kajian itu dijalankan secara sulit tanpa diketahui masyarakat selain mendakwa hujah-hujah rumusan itu bersifat berat sebelah, kerana hanya mempersoalkan sebab Majlis Raja-Raja perlu menolak perjanjian antarabangsa itu.
Rumusan itu dilakukan Dekan Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad; Pakar Perlembagaan Persekutuan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr Shamrahayu Ab. Aziz; serta dua pensyarah undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Fareed Mohd Hassan dan Hisham Hanapi. - UTUSAN ONLINE
Rujukan: KLIK DISINI

04/12/2014

TENGKU ADNAN MENDEDAHKAN MAKLUMAT PALSU ???

Majlis Raja-Raja Tidak Pernah Bincang Penukaran Nama Jalan Di KL

KUALA LUMPUR: Persidangan Majlis Raja-raja tidak pernah menetapkan atau meluluskan sebarang resolusi menitahkan Dewan Bandaraya Kuala Kuala Lumpur (DBKL) menamakan semula beberapa jalan di ibu negara dengan nama bekas Yang di-Pertuan Agong.
Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad turut mengesahkan bahawa perkara itu tidak pernah dibentangkan dalam mana-mana sesi persidangan berkenaan.
"Apa yang sebenarnya berlaku ialah satu kertas cadangan telah dikemukakan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja oleh Kementerian Wilayah Persekutuan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat ke-234 Majlis Raja-raja pada 27 Feb 2014.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...