GUA MUSANG - Negara BAKAL BERDEPAN INFLASI YANG LEBIH BURUK jika
kerajaan tidak mengambil tindakan berkesan untuk memulihkan ekonomi negara.
Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah
berkata, keadaan itu berdasarkan situasi semasa ekonomi negara menyebabkan RAMAI
RAKYAT HILANG PEKERJAAN, KOS SARA HIDUP MENINGKAT, BANYAK
KEDAI DAN SYARIKAT DITUTUP serta NILAI MATA WANG JATUH KE
PARAS TERENDAH.
Katanya, Kerajaan Pakatan Harapan perlu mengambil
langkah drastik bagi menangani masalah itu supaya perkara tersebut tidak
berlarutan.
“Pakar ekonomi juga menyatakan negara bakal
menghadapi inflasi dan rakyat turut merasainya.
“Inflasi ini maknanya jika kita buat apa pun
keadaan ekonomi tak akan berkembang. Macam negara Jepun, mereka mengalami
inflasi berbelas-belas tahun.
“Jepun negara kaya tak apalah, tetapi kita tak
boleh mengalami keadaan seperti negara itu dan saya bimbang keselamatan juga
akan tergugat," katanya selepas majlis prapelancaran Festival Galas 2019
di Dataran Kesedar Putra, Bandar Baru, Gua Musang, malam tadi.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim, ADUN Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff dan ADUN Paloh,
Amran Arifin.
Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Ahli Parlimen Gua
Musang menyuarakan rasa kurang senang hati dengan bebanan hidup rakyat akibat
kos sara hidup tinggi.
Beliau mahu KERAJAAN PH MENGAMBIL PENDEKATAN
MEMPERBAIKI KEHIDUPAN RAKYAT dan tidak terus mencetuskan polemik
yang menakutkan.
Tambahnya, rakyat sudah
mula menunjukkan kekecewaan mereka kerana janji-janji tidak ditunaikan dan seolah-olah
diperlekehkan kerajaan sekarang.
“Rakyat susah kerana KOS SARA HIDUP SEMAKIN TINGGI berikutan
harga barang naik, pendapatan kurang, barangan import dan barangan buatan dalam
negara juga naik harga.
“Walaupun dihapuskan cukai barang dan perkhidmatan
(GST), namun mereka masih menangung bebanan kehidupan kerana kenaikan harga
barang keperluan," katanya. - K! ONLINE
Rujukan: KLIK DISINI