Pemuda
PAS hari ini memberikan 'nota takziah' kepada Suruhanjaya
Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ekoran pelantikan pemangku
pengerusinya yang baru Tan Sri Isa Samad.
Nota itu diserahkan oleh Naib
Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari kepada Pengurus bahagian Komunikasi SPAD
Hazimin Sulaiman.
Ketika menyerahkan nota
berkenaan, Ahmar Fadhli menyatakan rasa “simpatinya” terhadap SPAD kerana
bakal menerima Isa.
Dakwanya, Isa sebelum ini telah membawa masalah kepada Felda Global
Ventures Berhad (FGV).
"Kita hanya nak
sampaikan rasa simpati Pemuda PAS kepada SPAD," kata Ahmad Fadhli ketika
menyerahkan nota berkenaan di ibu pejabat SPAD di ibu negara.
Risiko pada SPAD
Sementara
itu, pada sidang media selepas menyerahkan nota tersebut, Ahmad Fadhli berkata
tindakan kerajaan melantik Isa sebagai pemangku pengerusi SPAD merupakan
langkah yang silap.
Malah, katanya, ia turut berisiko kepada SPAD.
Malah, katanya, ia turut berisiko kepada SPAD.
"Kami anggap ini berita
buruk bukan sahaja kepada SPAD tetapi seluruh
rakyat Malaysia.
"Bagi kami ini satu
hadiah hari raya yang sangat sedih bagi seluruh warga SPAD.
"Langkah melantik Isa
Samad ini satu langkah yang sangat silap memandangkan rekod Isa sebelum ini di
Felda yang tidak memuaskan sehingga beliau terpaksa letakkan jawatan,"
katanya.
Sehubungan itu, Ahmad Fadhil
mencadangkan supaya kerajaan melantik individu yang lebih layak dan
berpengalaman bagi menerajui SPAD.
"Bagi kita pengerusi
yang perlu dilantik hendaklah ada pengalaman korporat yang cemerlang dan tak
pernah ada rekod buruk.
"Kerajaan boleh cari
individu lain yang boleh memikul tanggungjawab ini.
"Kita akan terus
berkempen pada rakyat bahawa pelantikan ini bahaya.
“Kita
akan sedarkan rakyat betapa pentingnya tukar kerajaan yang tak mementingkan
rakyat dengan pelantikan seumpama ini," katanya lagi.
Sumber: BERSAMBUNG DAN KLIK DISINI