Pemuda
PAS hari ini memberikan 'nota takziah' kepada Suruhanjaya
Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ekoran pelantikan pemangku
pengerusinya yang baru Tan Sri Isa Samad.
Nota itu diserahkan oleh Naib
Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari kepada Pengurus bahagian Komunikasi SPAD
Hazimin Sulaiman.
Ketika menyerahkan nota
berkenaan, Ahmar Fadhli menyatakan rasa “simpatinya” terhadap SPAD kerana
bakal menerima Isa.
Dakwanya, Isa sebelum ini telah membawa masalah kepada Felda Global
Ventures Berhad (FGV).
"Kita hanya nak
sampaikan rasa simpati Pemuda PAS kepada SPAD," kata Ahmad Fadhli ketika
menyerahkan nota berkenaan di ibu pejabat SPAD di ibu negara.
