Seorang remaja Islam warga Amerika Syarikat menjadi mangsa
kekejaman terbaharu di negara itu apabila diculik dan dipukul
sehingga mati sewaktu meninggalkan sebuah
masjid di Virginia pada Ahad.
Mayat gadis malang
itu, Nabra Hassanen, 17, kemudiannya ditemui di sebuah
kolam.
Serangan terbaharu di 10 hari terakhir Ramadan ini menimbulkan rasa marah dan sedih buat komuniti Islam di sekitar Masjid All Dulles Area Muslim Society yang terletak 30 minit perjalanan di luar Washington.
Serangan terbaharu di 10 hari terakhir Ramadan ini menimbulkan rasa marah dan sedih buat komuniti Islam di sekitar Masjid All Dulles Area Muslim Society yang terletak 30 minit perjalanan di luar Washington.
Menurut polis,
insiden tercetus apabila mangsa dan beberapa rakannya yang sedang berjalan
pulang dari masjid bertikam lidah dengan sekumpulan pemandu yang melalui jalan
terbabit.
Ia menyebabkan
seorang pemandu bertindak keluar dari kereta dan memukul gadis terbabit.
Gadis itu kemudiannya
dilaporkan hilang oleh rakan-rakannya yang lari menyelamatkan diri.
Pada pukul 3 petang,
mayatnya ditemui di dalam sebuah kolam di Sterling.
Susulan insiden itu,
polis telah menahan seorang lelaki bernama Darwin Martinez Torres, 22, yang memandu dalam keadaan mencurigakan.
Polis kemudiannya
mendapatkan waran tangkap atas tuduhan membunuh terhadap lelaki terbabit namun
menolak motif serangan adalah kerana jenayah kebencian.
Sumber artikel: KLIK DISINI
Sumber artikel: KLIK DISINI