Jika dakwaan bahawa Tun Dr. Mahathir
Mohamad sanggup membayar USD 5 juta kepada Yayasan Clinton
semata-mata untuk tujuan dan agenda politiknya; iaitu supaya
DoJ membuat pengumuman berkenaan 1MDB adalah benar, ia merupakan satu pengkhianatan dan jenayah berat kepada negara.
Mungkin jika
dibandingkan dengan kekayaan anak-anak beliau yang diperolehi semasa zaman
pentadbirannya, USD 5 juta itu adalah jumlah yang kecil, tetapi saya masih
sangsi daripada sumber manakah beliau mendapatkan duit tersebut, adakah dengan
duit anak-anaknya atau pun duit beliau sendiri hasil yang dikumpul sendiri
semasa beliau mentadbir yang dikatakan sangat ‘bersih’ ataupun duit parti
baharu beliau.
Adakah ahli
dan penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) rasakan tindakannya
memberikan USD 5 juta kepada Yayasan Clinton, satu yayasan luar yang tiada
kepentingan adalah tindakan yang adil buat mereka?
Jika benar
semua tindakan Tun M kini adalah untuk membela nasib rakyat, mengapa tidak
menggunakan USD 5 juta ; jumlah yang sangat besar itu untuk membantu rakyat
yang miskin dan memerlukan kerana saya percaya USD 5 juta itu dapat membantu
ramai orang.
Jika
perbuatan Tun M ini tidak dipersoalkan saya tidak tahu dimana lagi rasional
pemikiran penyokong PPBM dan pembangkang dalam menegakkan kebenaran.
Kini saya
dan rakyat Malaysia mula sedar, mengapa hari demi hari semakin banyak akar umbi
parti baru itu kecundang dan keluar parti dengan alasan kepincangan pucuk
pimpinan, kerana mereka mula sedar perjuangan pengerusinya bukanlah satu
perjuangan untuk rakyat, sebaliknya hanya untuk melindungi diri, dendam dan
hanya satu lakonan yang semakin menampakkan kebenarannya.