Akhirnya keluarga Cina di Tanjung Sepat sedar
bahawa kerajaan Selangor yang diterajui oleh Pakatan diketuai DAP merupakan sebuah kerajaan yang
zalim. Selama berpuluh tahun mereka berniaga di kawasan tersebut ketika
Barisan Nasional memerintah, semuanya aman damai dan selamat sahaja.
Kini apabila Pakatan menguasai Selangor maka semua janji untuk menjaga
masyarakat Cina telah dimungkiri. Wanita Cina yang merupakan tuan punya kedai
menangis teresak-esak. Beliau dengan lantang memberitahu bahawa mereka adalah penyokong
Himpunan haram Bersih yang
diadakan secara bersiri oleh PH.
Malah beliau turut mendedahkan bahawa YB Ng Sue Lim ada menjanjikan
mahu memberi geran pada tanah restorannya.
Mereka mempersoalkan mengapa
hanya dua kedai sahaja menjadi sasaran memandangkan semua kedai di situ adalah
tanah TOL. Mereka menuntut semua janji-janji yang ditabur oleh wakil rakyat DAP
sebelum ini atas sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap parti tersebut.
Dalam masa yang sama mereka mahu mendedahkan video-video sulit
perancangan DAP yang bakal menggemparkan negara memandangkan kebajikan mereka
telah terabai. Dalam perkara ini, siasatan yang terperinci bakal mendedahkan
agenda jahat parti politik tersebut.
Beberapa
orang yang lain pula menjerit ‘Ubah, Bersih’. “Kami adalah penyokong Bersih, supporter Bersih,
kali ini kedai restoran kami pula yang kena Bersih,” kata mereka.
Mungkin video ini bakal membuka mata pengundi Cina yang tertipu dengan
propaganda dan janji manis Pakatan yang diketuai DAP selama ini. Kita memang
tahu Pakatan tidak pernah ikhlas membela nasib rakyat Malaysia.
Sumber: KLIK DISINI