Kenyataan Peguam Negara
Berkaitan Saman Sivil Terbaru Jabatan Kehakiman Amerika.
Jabatan
Peguam Negara (AGC) melahirkan kekecewaan terhadap Jabatan Kehakiman
Amerika Syarikat (DoJ) kerana memfailkan satu lagi tindakan sivil
berkaitan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB), tanpa memaklumkan kepada
jabatan itu.
Peguam
Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam satu kenyataan awal pagi ini berkata,
tindakan itu merupakan saman ulangan kepada tuntutan
pertama yang difailkan pada tahun lalu.
Beliau turut menyifatkan saman tersebut bertujuan
menyindir Perdana Menteri atas dakwaan salah laku jenayah sedangkan tiada
sebarang keterangan dalam tuntutan sivil DoJ yang menamakan Datuk Seri Najib
Tun Razak sebagai defendan ataupun didakwa melakukan sebarang kesalahan
jenayah.
Ujar
beliau, AGC mengambil maklum tentang tindakan undang-undang terbaharu yang
dikemukakan oleh DoJ dan menyedari ia diambil setahun selepas tindakan
undang-undang serupa dibuat jabatan terbabit.
“Kami
melahirkan kekecewaan kerana sekali lagi Jabatan Peguam Negara tidak
dimaklumkan oleh DoJ tentang tindakan ini,” kata beliau.
Baca Juga: KLIK DISINI
Baca Juga: KLIK DISINI
Dan KLIK DISINI