Sekiranya
Tun Abdullah Badawi mengikut kehendak dan tekanan
Tun Dr Mahathir Mohamad supaya berbelanja tanpa kawalan dan
meneruskan projek mega, Malaysia pasti akan bankrup.
Kenyataan itu dikeluarkan
Abdullah dalam buku yang memaparkan masa-masa beliau menjadi perdana menteri
Malaysia bertajuk Awakening: The Abdullah Badawi
Years In Malaysia.
Ianya dijadualkan lebih awal
namun terdapat kebimbangan Putrajaya komen perdana menteri kelima itu akan
menimbulkan perang mulut antara Abdullah dan Dr Mahathir dan memecah belahkan
Umno sebelum Pilihan Raya Umum pada 5 Mei lalu.
Abdullah bagaimanapun dalam
bukunya tidak mendedahkan rahsia negara atau anekdot yang akan
memalukan Dr Mahathir, sebaliknya hanya menyentuh beberapa
perkara ketika pentadbirannya.
Merujuk kepada beberapa
serangan Dr Mahathir yang ditujukan kepadanya, Abdullah berkata pernah beberapa
individu bertanya kepadanya kenapa beliau tidak memberikan penjelasan terhadap
penasihat mudanya, penglibatan anaknya dalam kancah perniagaan dan pengaruh
menantunya Khairy Jamaluddin.
"Mungkin lebih baik saya
diamkan dalam membela atau menjelaskan isu. Apa kebaikannya untuk kerajaan dan
parti?" soalnya.
Selepas beberapa kritikan
daripada Mahathir, ia menjelaskan suatu perkara, Dr Mahathir hanya mahu
pendapatnya didengari dan tidak mendengar pendapat orang
lain.
Bagi contoh, Abdullah
menjelaskan beliau berjumpa Dr Mahathir untuk menjelaskan penangguhan beberapa
projek mega disebabkan bajet defisit.
"Beliau bagaimanapun
menolak cadangan tersebut, kerana kerajaan jelasnya perlu terus berbelanja.
Tapi bagaimana kita nak teruskan apabila defisit kita sangat kritikal? Ia akan
menjadi tidak bertanggungjawab jika saya terus berbelanja.
"Jadi kami tiada pilihan
untuk mengurangkan defisit dengan menangguhkan beberapa projek mega dan ia
menjadikan Dr Mahathir mengamuk. saya melihatnya beliau merasakan itu adalah
projek angkatnya.
"Boleh bayangkan jika
saya teruskan tekanan daripada Dr Mahathir untuk terus berbelanja ketika
defisit yang sangat tinggi, bagaimana Malaysia mahu mengatasi krisis kewangan
dan minyak pada 2008?
"Defisit kami berjaya
turunkan pada kadar 3.2 peratus dan kepada 5 peratus. Jika kita terus
berbelanja, saya boleh bayangkan kita sudah bankrup."
Dalam bukunya, yang disunting
oleh Bridget Welsh dan James Chin, Abdullah turut berkata ketika beliau
meninggalkan pejabat pada 2009, beliau bertekad untuk tidak jadi seperti Dr
Mahathir. Beliau mahu Datuk Seri Najib Razak menjadi perdana menteri sendiri.
"SEBAB
ITU SAYA KEKAL BERDIAM DIRI SELAMA INI. SAYA PERCAYA BILA KITA SUDAH BERSARA, KITA AKAN BERSARA. TIDAK
LAGI PERLU KITA CAMPUR TANGAN. JIKA ADA YANG TIDAK PUAS
HATI, KITA LUAHKAN SECARA TERTUTUP. KENAPA PERLU HEBAHKAN KEPADA MEDIA?
Abdullah menerima mandat
terbesar pada 2004 namun turut membuatkan Barisan Nasional (BN) hilang majoriti
dua pertiga Parlimen pada 2008.
Beliau bagaimanapun dalam
bukunya menerima perkara itu dan tidak memenuhi jangkaan pengundi, namun
berkata Dr Nahathir jika tidak boleh melepaskan diri daripada insiden 2008.
"Ketika kita perolehi
keputusan baik pada 2004, beliau berkata mandat yang besar tidak bagus untuk
negara. Kita dapat keputusan teruk pada 2008 beliau menyalahkan saya. Malah
samapi sekarang beliau melakukannya ... Mahathir tidak boleh menafikan beliau
menyebabkan perpecahan dalam sokongan BN pada 2008 melalui kritikan dan
serangannya.
"Ia termasuk majoriti
anggota Kabinet sebagai 'kerajaan half-past six’ dan menuduh kami dengan rasuah
dan sebagainya," kata Abdullah.
Teringat sajaknya...
"Yang ku cari bukan wang berjuta"
Tulisan
Rozmi Mokhtar. KLIKI DISINI
Rozmi Mokhtar.