Translate

Memaparkan catatan dengan label Tun Abdullah Badawi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tun Abdullah Badawi. Papar semua catatan

15/06/2017

PAK LAH: MALAYSIA AKAN BANKRAP JIKA SAYA DENGAR KATA DR. MAHATHIR

Sekiranya Tun Abdullah Badawi mengikut kehendak dan tekanan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya berbelanja tanpa kawalan dan meneruskan projek mega, Malaysia pasti akan bankrup.

Kenyataan itu dikeluarkan Abdullah dalam buku yang memaparkan masa-masa beliau menjadi perdana menteri Malaysia bertajuk Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia.

Ianya dijadualkan lebih awal namun terdapat kebimbangan Putrajaya komen perdana menteri kelima itu akan menimbulkan perang mulut antara Abdullah dan Dr Mahathir dan memecah belahkan Umno sebelum Pilihan Raya Umum pada 5 Mei lalu.

Abdullah bagaimanapun dalam bukunya tidak mendedahkan rahsia negara atau anekdot yang akan memalukan Dr Mahathir, sebaliknya hanya menyentuh beberapa perkara ketika pentadbirannya.

Merujuk kepada beberapa serangan Dr Mahathir yang ditujukan kepadanya, Abdullah berkata pernah beberapa individu bertanya kepadanya kenapa beliau tidak memberikan penjelasan terhadap penasihat mudanya, penglibatan anaknya dalam kancah perniagaan dan pengaruh menantunya Khairy Jamaluddin.

20/07/2012

Tun Abdullah ambil tindakan Saman kepada Penganjur Perhimpunan OREN ???


KEPALA BATAS - Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi kecewa dengan tindakan kumpulan yang mengadakan perhimpunan 'Oren' kerana menggunakan gambar beliau pada poster perhimpunan berkenaan.

Abdullah berkata tindakan kumpulan itu menjatuhkan dan memburukkan imejnya sebagai bekas Perdana Menteri.

"Saya rasa tidak seronok langsung bila mereka (penganjur perhimpunan oren) guna nama dan gambar saya dalam poster, sedangkan saya tiada kaitan langsung dengan perhimpunan itu.

"Sepatutnya mereka tidak boleh buat macam itu dan jangan ambil kesempatan.

Saya sangat kecewa dengan tindakan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek pinjaman Majlis Amanah Rakyat (Mara) di sini, hari ini.

17/05/2012

Anwar pernah rayu Pak Lah bawanya masuk balik UMNO untuk sekat Najib jadi PM

anwar-ezam513
Pak Lah masih hidup. Beliau tentu dapat mengesahkan hal ini jika benar.

Puak pembangkang yang terlalu mengharapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim  mengetuai impian mereka untuk menawan Putrajaya pada pilihanraya umum ke 13 tentu tersentak mendengar pendedahan baru yang dibuat oleh Senator Mohamad Ezam Mohd Noor ini.

Jika benar ia mengambarkan seolah Ketua Pembangkang itu tidak yakin langsung pada pakatan PKR-PAS-DAP dan bagaimana beliau begitu gian sekali nak jadi Perdana Menteri hingga sanggup membelakangkan mereka ‘cara diam-diam’.

Kisah ini belum pernah kita dengar sebelum ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...