Akhirnya keluarga Cina di Tanjung Sepat sedar
bahawa kerajaan Selangor yang diterajui oleh Pakatan diketuai DAP merupakan sebuah kerajaan yang
zalim. Selama berpuluh tahun mereka berniaga di kawasan tersebut ketika
Barisan Nasional memerintah, semuanya aman damai dan selamat sahaja.
Kini apabila Pakatan menguasai Selangor maka semua janji untuk menjaga
masyarakat Cina telah dimungkiri. Wanita Cina yang merupakan tuan punya kedai
menangis teresak-esak. Beliau dengan lantang memberitahu bahawa mereka adalah penyokong
Himpunan haram Bersih yang
diadakan secara bersiri oleh PH.
Malah beliau turut mendedahkan bahawa YB Ng Sue Lim ada menjanjikan
mahu memberi geran pada tanah restorannya.