Translate

Memaparkan catatan dengan label PERWAJA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PERWAJA. Papar semua catatan

01/06/2017

OTAK MAHATHIR SEMAKIN KURENG DAN BERKARAT !!!!

Kerajaan Tak Mahu Nasib Proton Jadi Seperti Perwaja
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mempertahankan kerjasama strategik Proton-Geely sambil menegaskan, kerajaan tidak mahu syarikat kereta nasional itu berhadapan dengan nasib yang dialami Perwaja Steel (Perwaja).
Kata beliau, kerajaan cuba membangunkan industri besi dan keluli menerusi Perwaja tetapi akhirnya syarikat itu ditutup disebabkan masalah pengurusan pada tahun 1990-an.
“Banyak kerajaan tolong tetapi akhirnya Perwaja ditutup. Ramai pekerja Perwaja kena berhenti dan kilang sudah tidak beroperasi. Takkan kita hendak buat Proton begitu. Saya hendak tekankan kita tidak mahu nasib akan jadi macam Perwaja,” kata beliau.
Baca Juga: KLIK DISINI

28/07/2015

Pengarah Perwaja didakwa gagal remit PCB RM3.6 juta tidak termasuk gaji pekerja ?


Yang menjadi mangsa adalah MELAYU, MELAYU, MELAYU.

KEMAMAN 27 Julai – Seorang pengarah syarikat Perwaja Steel Sdn. Bhd. mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah dengan tidak meremit Potongan Cukai Berjadual (PCB) berjumlah lebih RM3.6 juta.

Tan Sri Pheng Yin Huah, 67, menghadapi 17 pertuduhan melakukan perbuatan sedemikian membabitkan hampir 300 pekerjanya, dalam tempoh 17 bulan bermula Januari 2013 sehingga Mei tahun lalu. Tonton lagi video dibawah

10/12/2014

KEUNTUNGAN DI TELAN, PEKERJA/KELUARGA MATI KEBULURAN ???

KENAPA ADUN atau WAKIL UMNO tidak memperjuangkan hak-hak pekerja PERWAJA yang tertindas. Adakah tidak tahu atau buat-buat tak tahu ???

Sekarang apa yang telah berlaku di PERWAJA KEMAMAN (Klik) dan PERWAJA GURUN.

Ribuan pekerja tidak bekerja terutama ‘ORANG MELAYU’ menjadi mangsa dan menggangur serta di PAKSA mengambil CUTI TANPA GAJI selama beberapa bulan oleh majikan atas alasan tiada pengeluaran.  Yang jelasnya masalah PENGURUSAN SERTA PENYELEWENGAN YANG BEGITU KETARA ???

APAKAH INI SEMUA BOLEH DITERIMA OLEH PEKERJA-PEKERJA ????

Pekerja bertungkus lumus untuk menguntungkan Majikan, tapi sebaliknya berlaku.


Telah berlarutan diawal tahun 2014 sehingga kini. Berlebih-lebih lagi jangka tempoh menjelangnya Ramadhan dan Syawal yang lalu dan sekarang menghampiri naik persekolahan anak-anak tahun 2015. 

Selain daripada keperluan harian termasuk sewa rumah, membayar sewa kenderaan, makan/minum, persekolahan anak2 dan sebagainya adakah diambil kira oleh majikan ???

Pihak kerajaan perlu bertanggungjawab menyelesaikan perkara ini daripada berterusan yang mengakibatkan rakyat menjadi mangsa.

Orang-orang tertentu termasuk TAN SRI PHENG serta kuncu-kuncunya memperolehi kekayaan berlipat ganda. 

ADA KAH PERLU SI BANGSAT SEPERTI INI DIBENARKAN BERADA DALAM GLC ?????

Kos siasatan kes penyelewengan Perwaja Steel paling tinggi dalam sejarah: SPRM ( KLIK )

Perwaja Steel diperintah bayar tunggakan hutang RM146j kepada Petronas ( KLIK )



26/06/2014

PM - kerajaan sentiasa mendengar denyut nadi rakyat untuk memastikan pembelaan berterusan, BETUL KE ???

1,060 pekerja PERWAJA KEMAMAN makan pasir ??

dan arah ambil cuti tanpa gaji.

Tiga agenda bela kebajikan pekerja.

MELAKA 21 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan tiga agenda yang akan diberikan tumpuan dalam membela nasib pekerja di seluruh negara akan menjadi teras perjuangan utama kerajaan.

Berucap merasmikan sambutan Hari Pekerja 2014 bertemakan Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi, Perdana Menteri berkata, agenda tersebut adalah untuk memastikan pembelaan berterusan terhadap kebajikan pekerja di semua sektor terjamin.

Menurut beliau, tiga agenda itu adalah memantapkan pasaran buruh negara, memperkemaskan jaringan keselamatan sosial dan mengharmonikan perhubungan perusahaan.

Menjelaskan perkara itu di hadapan kira-kira 12,000 pekerja yang menghadiri sambutan tersebut, Najib berkata, agenda pertama kerajaan ialah berusaha memantapkan pasaran buruh negara dengan aspek yang diberi tumpuan berkaitan hak dan kebajikan warga pekerja.

17/06/2014

Kaji semula syarikat GLC samaada masih relevan....termasuk PERWAJA KEMAMAN & GURUN




Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan Kementerian Kewangan (MOF) membuat penilaian semula secara menyeluruh terhadap semua syarikat Badan Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk memastikan sama ada sebahagian daripadanya masih relevan untuk diteruskan.

Ini kerana kebanyakan GLC yang diwujudkan tidak memberi pulangan langsung kepada kerajaan atau pulangan yang diberikan adalah amat rendah.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Muhamad pada sidang media di parlimen, Isnin berkata ada GLC tidak menepati objektif ia ditubuhkan, tidak membawa pulangam yang memuaskan dan lemah di segi pengurusan syarikat.

"Ada GLC dah berpuluh tahun beroperasi tetapi berulangkali melakukan kesilapan tidak mengikut prosedur perolehan dan sebagainya sehingga menyebabkan ketirisan," katanya.

Jazlan mengambil contoh FELDA dan FELCRA kerana berlaku amalan perolehan yang tidak mengikuti tatacara kewangan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...