Translate

28/07/2015

Pengarah Perwaja didakwa gagal remit PCB RM3.6 juta tidak termasuk gaji pekerja ?


Yang menjadi mangsa adalah MELAYU, MELAYU, MELAYU.

KEMAMAN 27 Julai – Seorang pengarah syarikat Perwaja Steel Sdn. Bhd. mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah dengan tidak meremit Potongan Cukai Berjadual (PCB) berjumlah lebih RM3.6 juta.

Tan Sri Pheng Yin Huah, 67, menghadapi 17 pertuduhan melakukan perbuatan sedemikian membabitkan hampir 300 pekerjanya, dalam tempoh 17 bulan bermula Januari 2013 sehingga Mei tahun lalu. Tonton lagi video dibawah


Sebagai majikan, syarikat perusahaan besi keluli yang beralamat di Aras 31, Maju Tower, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur itu, didakwa melakukan kesalahan itu hasil daripada lawatan audit yang dijalankan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Kuala Terengganu pada 25 Jun tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa gagal membayar kepada Ketua Pengarah LHDN jumlah cukai yang sepatutnya dipotong dan dibayar daripada saraan pekerjanya tidak lewat dari hari ke-10 setiap bulan selama 17 bulan tersebut.

Pegawai Pendakwa, Mohd. Arif Zaini serta Zul Hasymi Moha­mad mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 75 Akta Cukai Pendapatan 1967 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM2,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Pada prosiding hari ini, tertuduh tidak hadir dan diwakili penasihat undang-undang syarikat, Victor Teoh yang turut memohon penyelesaian dilakukan di luar mah­kamah.

Majistret Rofiah Mohamad menetapkan 24 Ogos ini sebutan semula kes. Sumber: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...