Translate

26/06/2014

PM - kerajaan sentiasa mendengar denyut nadi rakyat untuk memastikan pembelaan berterusan, BETUL KE ???

1,060 pekerja PERWAJA KEMAMAN makan pasir ??

dan arah ambil cuti tanpa gaji.

Tiga agenda bela kebajikan pekerja.

MELAKA 21 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan tiga agenda yang akan diberikan tumpuan dalam membela nasib pekerja di seluruh negara akan menjadi teras perjuangan utama kerajaan.

Berucap merasmikan sambutan Hari Pekerja 2014 bertemakan Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi, Perdana Menteri berkata, agenda tersebut adalah untuk memastikan pembelaan berterusan terhadap kebajikan pekerja di semua sektor terjamin.

Menurut beliau, tiga agenda itu adalah memantapkan pasaran buruh negara, memperkemaskan jaringan keselamatan sosial dan mengharmonikan perhubungan perusahaan.

Menjelaskan perkara itu di hadapan kira-kira 12,000 pekerja yang menghadiri sambutan tersebut, Najib berkata, agenda pertama kerajaan ialah berusaha memantapkan pasaran buruh negara dengan aspek yang diberi tumpuan berkaitan hak dan kebajikan warga pekerja.

"Sebagai contoh, pelaksanaan gaji minimum sebanyak RM900 yang telah dikuatkuasakan pada 1 Januari tahun lalu itu walaupun menimbulkan pelbagai reaksi tetapi dari segi lain dapat dilihat pertumbuhan guna tenaga semakin meningkat dan pemberhentian pekerja semakin rendah.

"Ini menggambarkan bahawa kebanyakan syarikat berupaya membuat penyesuaian dasar gaji minimum dan setakat ini sebanyak 98 peratus majikan mematuhi pelaksanaannya,’’ katanya di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini hari ini.

Mengulas lanjut Najib berkata, berdasarkan tinjauan MIEF, gaji purata sektor swasta naik 6.6 peratus pada 2013 berbanding 6 peratus pada tahun sebelumnya manakala pekerja kumpulan eksekutif mencatat kenaikan 6.7 peratus tahun lalu berbanding 5.8 peratus sebelum ini.

Menurutnya, kenaikan itu sejajar dengan keputusan kerajaan memperkenalkan dasar gaji minimum.

Mengenai agenda kedua pula kata Perdana Menteri, ia melibatkan usaha memperkasakan jaringan keselamatan sosial melibatkan kajian dan semakan semula akta-akta perburuhan secara holistik.

"Semua cadangan penambahbaikan dibincangkan berasaskan semangat tripastisme sehingga suatu persetujuan dapat dicapai oleh semua pihak,’’ jelasnya.

Justeru kata beliau, dasar-dasar yang digubal akan mengambil kira fleksibiliti pasaran buruh di mana ia dapat menggalakkan peningkatan kadar guna tenaga, mengekalkan kestabilan ekonomi dan meningkatkan produktiviti bagi meningkatkan taraf kehidupan rakyat.

Sementara itu bagi agenda ketiga Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa mendengar denyut nadi rakyat dan bersiap-siaga mencari strategi pembangunan baharu untuk faedah semua rakyat.

Sehubungan itu jelasnya, keharmonian perusahaan adalah prasyarat kepada pewujudan persekitaran mesra perniagaan bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Sumber: utusanmalaysia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...