Translate

25/06/2014

TAHNIAH KEPADA PENCURI LEMBU ????



HASIL DIPUNGGUT NAMUN PEMELIHARAAN DIABAIKAN. MEROSAKKAN TANAMAN, NAJIS BERSEPAH2, MENGOTORKAN KAWASAN  TAMAN DAN DIIBARATKAN SEBAGAI PEMBUNUH ??

PANDAI PULAK NAK MINTAK TOLONG KEPADA PIHAK BERKUASA MENGAMBIL TINDAKAN. BANYAK CANTIK !!!!

BESUT - Kejadian mencuri lembu dengan cara menembak menggunakan ubat pelali sebelum melarikan lembu berkenaan di sekitar Kampung Padang Buluh, dekat sini, kembali berulang selepas kejadian terakhir dilaporkan pada Mac lalu.

Dalam kejadian Selasa lalu, seekor lembu milik penduduk hilang dipercayai dicuri, bagaimanapun dua lagi tidak sempat dilarikan selepas pencuri terserempak dengan penduduk kampung.

Mangsa, Rosman Awang, 52, berkata, kejadian minggu lepas adalah kedua berlaku terhadap lembu peliharaannya pada tahun ini, selepas pertama kali berlaku pada akhir Mac lalu.

“Saya fikir pencuri yang sama kerana mereka menggunakan cara sama mencuri lembu yang dilepaskan di dalam ladang iaitu menembak dengan jarum yang mengandungi ubat pelali sebelum melarikan lembu tersebut.

“Salah seekor lembu betina milik seorang rakan yang dijaga saya bernilai kira-kira RM1,500 telah hilang. Manakala, dua ekor lembu betina milik saya yang tak sempat dilarikan ditemui dalam keadaan separuh sedar serta terdapat jarum berhampiran lembu,” katanya.

Rosman berkata, salah seekor lembu yang tidak sempat dilarikan itu bunting dan akibat ditembak pelali menyebabkan ia keguguran, manakala anak lembu yang dilahirkan mati.
Menurutnya, dia terpaksa memberi lembunya air kelapa sebagai penawar selain memberi ubat.

“Akibat kejadian berulang itu menyebabkan penternak lembu di sini melahirkan rasa bimbang terhadap keselamatan lembu peliharaan, dan berharap pihak berkenaan mengambil langkah mengatasi masalah ini,” katanya.

“Akibat kejadian berulang itu menyebabkan penternak lembu di sini melahirkan rasa bimbang terhadap keselamatan lembu peliharaan, dan berharap pihak berkenaan mengambil langkah mengatasi masalah ini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...