Translate

25/06/2014

HIDUP LUPA DIRI SENDIRI ???

Abby Abadi Cari Penawar Dari Nik Aziz?

Menerima panggilan dari Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz yang bertanyakan khabar dirinya selepas bercerai, menunjukkan kedudukan bekas pelakon wanita, Abby Abadi di sisi Nik Aziz begitu tinggi sebenarnya.

Umum mengetahui, kes perceraian antara Abby dan suaminya, Muhammad Noor Farhan, 24, telah pun selesai pada Rabu lalu selepas Farhan membuat lafaz cerai melalui sistem pesanan ringkas (SMS) pada 9 Mei tahun ini dan dikira sebagai sah mengikut rukun dan syarat yang ditetapkan.

Menurut laporan harakahdaily.net, selepas berita perceraian Abby disahkan oleh semua media, Nik Aziz secara peribadinya telah membuat panggilan telefon kepada pelakon wanita itu pada Rabu lalu.

Malah, Abby sendiri melalui laman Instagramnya turut menyatakan mengakui menerima panggilan telefon dari Nik Aziz yang dikatanya sedih mendengar berita perpisahan antara dirinya dan bekas suami.

Semua pihak tahu, selepas Abby bercerai dengan bekas suaminya yang pertama iaitu Norman Hakim dan selepas pulang dari menunaikan umrah di Mekah, Abby telah mengambil keputusan untuk berhijrah dan lebih mendekatkan diri kepada Tuhan. Malah, perubahan Abby itu diterima baik oleh semua pihak.


Namun, lama-kelamaan pembawakan diri Abby mengenai isu agama dilihat semakin agresif di mana mudah menjatuhkan hukum kepada pihak yang melakukan kesilapan. Serta, mudah bagi Abby untuk bersuara mengenai isu agama tanpa fakta dan hujah yang kukuh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...