Translate

Memaparkan catatan dengan label Felda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Felda. Papar semua catatan

18/10/2014

JIJAH KIPAS SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA ???


KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan syarikat pelaburannya menang saman fitnah terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua yang lain.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md Said memutuskan bahawa Felda sebagai sebuah badan berkanun mempunyai hak untuk menyaman pihak-pihak di bawah Seksyen 15 (1) Akta Pembangunan Tanah 1956.

17/06/2014

Kaji semula syarikat GLC samaada masih relevan....termasuk PERWAJA KEMAMAN & GURUN




Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan Kementerian Kewangan (MOF) membuat penilaian semula secara menyeluruh terhadap semua syarikat Badan Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk memastikan sama ada sebahagian daripadanya masih relevan untuk diteruskan.

Ini kerana kebanyakan GLC yang diwujudkan tidak memberi pulangan langsung kepada kerajaan atau pulangan yang diberikan adalah amat rendah.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Muhamad pada sidang media di parlimen, Isnin berkata ada GLC tidak menepati objektif ia ditubuhkan, tidak membawa pulangam yang memuaskan dan lemah di segi pengurusan syarikat.

"Ada GLC dah berpuluh tahun beroperasi tetapi berulangkali melakukan kesilapan tidak mengikut prosedur perolehan dan sebagainya sehingga menyebabkan ketirisan," katanya.

Jazlan mengambil contoh FELDA dan FELCRA kerana berlaku amalan perolehan yang tidak mengikuti tatacara kewangan.

21/02/2013

NIK AZIZ MEMANG KAKI PENIPU !!!

Nik Aziz lidah bercabang
Nik Aziz dilapor telah menjelaskan kenapa PAS tidak boleh bersama UMNO dalam usaha untuk menyatupadu orang Melayu. Katanya PAS telah ditipu oleh UMNO semasa PAS berada dalam Barisan Nasional. Bagaimana UMNO menipu PAS tidak dijelaskan dengan terang.

Saya berada sebagai menteri dalam kabinet Tun Hussein di waktu mana PAS keluar dari Barisan Nasional. Saya juga ada dalam kabinet Tun Razak bersama Dato Asri Muda dan Hassan Adli semasa PAS menyertai Barisan Nasional.

Dato Asri diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian. Ini bermakna dia bertanggung jawab terhadap FELDA.

26/11/2012

KEBODOHAN MELAMPAU USTAZAH MEE SEGERA

Masih lagi tak puas melonjakkan kebodohan diri sendiri demi menagih populariti dalam sebuah perjuangan yang kononnya berteraskan dakwah. KEBODOHAN SEBELUM INI (KLIK!). Abby Abadi tidak kurang bengapnya dengan MAHFUZ OMAR (KLIK SINI) bila mempersoalkan kaitan FELDA & ISRAEL.

Demo kononnya Malaysia ekspot minyak sawit ke Israel berlansung amat hambar, pelbagai angka disebut dan direka hanya untuk puaskan hati pengikut yang diupah untuk membuat kacau bilau depan Ibu Pejabat Felda Kuala Lumpur kelmarin.

Ada yang sebut hanya 700 orang hadir, ada yang naikkan angka demi nak jaga hati tukang bayar upah, kononnya 2000 yang hadir, ada blog mereka sendiri beri lapuran yang bernada kecewa, 400 orang yang hadir. Semuanya dah bercelaru dan tidak sekata, seolah-olah masing-masing cuba tutup bangkai hidup. Memalukan ! 

25/10/2012

Saya selama ini bercita-cita mahu buat sebuah filem tentang Felda

mawi-pm513
Siapa yang tak kenal Asmawi Ani, atau lebih popular dengan nama Mawi yang pernah mencipta fenomena seni tanahair selepas berjaya menjuarai sebuah program TV berdasarkan undian orang ramai Akademi Fantasia 3.

Kini dengan kehidupan yang  lebih stabil dan teratur, dia semakin matang dan tenang menangani media dan publisiti, berbanding di awal pembabitannya. Pada usia 31,  Mawi mendedahkan sudah sampai masanya untuk melaksanakan cita-citanya sebagai anak jati Felda yang berjaya. Beliau mahu membuat filem tentang Felda.

Bagi suami kepada pelakon Nora’Asikin Rahmat atau Ekin ini, selepas hampir sepuluh tahun bergelar anak seni, sekarang merupakan waktu yang sesuai untuk fasa yang berikutnya dalam hidup beliau iaitu masa untuk mengejar impian.

16/07/2012

INILAH DIA PERJUANGAN PARTI AJARAN SESAT ???

oren6-leadxx
Himpunan Oren: Bila ahli PAS tiba-tiba jadi ‘peneroka’ Felda ?? 

Sejak kebelakangan ini, perjuangan PAS telah jauh menyimpang daripada apa yang diperjuangkan oleh Allahyarham Dato Fadzil Noor. Apa kena mengenai dengan Felda, kalau difikirkan oleh manusia yang berfikiran waras. Ini menunjukkan mereka semua ini bukannya manusia, tetapi 'SYAITAN' yang bertopengkan manusia. Hatinya terlalu busuk seperti 'Bangsa YAHUDI'


Mungkin kalau ditanya peneroka, ramai antaranya sudah bosan dengan taktik pembangkang terutama PAS yang berterusan memburukkan mereka serta Felda.Pasti mereka juga hairan kenapa Pengerusi Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman terus ‘sawan’ dengan menghentam Felda terutama langkah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) baru-baru ini.

15/07/2012

MAT SABUN DAN NIZAR SAH JADI KELUARGA FELDA ???



Himpunan Oren: Peneroka FELDA buat laporan polis.

Pengurusan FELDA dan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Tanah Rancangan (JKKR) FELDA dari lapan tanah rancangan FELDA Wilayah Jengka hari ini membuat laporan polis bagi membantah perhimpunan Oren yang dijadual Sabtu ini.

GSF: Himpunan Oren meskipun hanya dihadiri 4,000 pesertaLaporan polis oleh lapan tanah rancangan berkenaan diwakili Pengurus FELDA Sungai Tekam, Yunus Husin, dibuat di Balai Polis Jerantut hari ini bertujuan meminta pihak berkuasa mencegah pihak terbabit daripada meneruskan demonstrasi haram tersebut.

Bernama melaporkan, Yunus berkata, Perhimpunan Oren yang dianjurkan oleh Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK) sebenarnya tidak mewakili masyarakat FELDA, sebaliknya hanya didalangi parti pembangkang.

"Bukan menjadi satu keperluan kepada masyarakat peneroka dan kakitangan FELDA untuk menyokong perhimpunan tersebut bagi membangkitkan perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan.

"Apa yang peneroka dan petugas FELDA peroleh hari ini tidak ada yang kurang malah pendapatan masyarakat peneroka jauh lebih baik daripada mereka yang berada di luar sana," katanya kepada pemberita di Temerloh pada Khamis.

08/07/2012

MENARA PKR JUGA AKAN DINAIKKAN DIIBU KOTA BERNILAI 1 BILLION ???



Nilai Menara Felda RM965 juta


KUALA LUMPUR – Keputusan Felda untuk membina sebuah menara korporat di tengah-tengah pusat komersial di ibu negara terbukti sudah memberi keuntungan kepada organisasi tersebut dalam bentuk pelaburan jangka masa panjang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Felda telah memperoleh keuntungan nilai aset RM265 juta apabila Menara Felda yang siap dibina bulan lalu pada kos RM700 juta itu kini mencecah nilai hartanah semasa RM965 juta.
“Ini menunjukkan Felda untung 38 peratus walaupun Menara Felda yang mula dibina pada tahun 2008 ini belum lagi digunakan. Ia juga membuktikan menara yang siap 20 bulan lebih awal ini satu keputusan yang bijak.
“Kejayaan ini juga membuktikan tohmahan dan fitnah pihak tertentu terhadap usaha membina Menara Felda selama ini telah gagal,” katanya pada majlis Sambutan Hari Peneroka Felda 2012 dan Perasmian Menara Felda di sini semalam.
Seramai 20,000 orang termasuk warga peneroka dari seluruh negara menghadiri sambutan itu yang bertemakan Transformasi Membuka Dimensi.

29/06/2012

FGVH muncul hebat, rahmat untuk peneroka

Malaysian Prime Minister Najib Razak, center, holds Felda Global Ventures Holdings' newly launched prospectus as he poses with Felda Chairman Mohd Isa Samad, left, and  Felda Chief Executive Sabri Ahmad, right, in Kuala Lumpur, Malaysia, Thursday, May 31, 2012. Malaysian plantation giant Felda Global Venture Holdings says its initial public offering this month could raise as much as 10.5 billion ringgit ($3.3 billion), the second biggest after Facebook. Photo: Lai Seng Sin / AP
KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) mengakhiri dagangan pada paras kukuh dengan harga RM5.30 sesaham hari ini selepas muncul hebat dalam dagangan sulungnya di Bursa Malaysia pada harga RM5.39, apabila ia mencatatkan premium sebanyak 84 sen berbanding harga tawarannya, RM4.55. 

Peniaga berkata, penutupan dagangan FGV pada RM5.30, dengan premium 75 sen dan 2.615 juta lot bertukar tangan, adalah di luar jangkaan.
Mereka berkata, ini adalah ganjaran yang berpadanan bagi 112,635 peneroka yang mengusahakan tanah mereka selama lebih 30 tahun, kerana mereka kini memiliki saham dalam satu daripada syarikat perladangan terbesar di dunia dengan prospek yang cerah berikutan permintaan yang semakin meningkat bagi minyak sawit.

22/06/2012

AYAM TAMBATAN DAP SERTA PENGHASUT BERKELIBAR SEJAK DULU BERKOKOK LAGI ???

Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Sejak dari dulu lagi gerakan halus yang dilancarkan oleh Haji Hadi tetap tersemak dijiwa jahat beliau. Tidak puas-puas meracuni rakyat agar tidak menyertai LKTP pada ketika itu, dengan melancar fatwa LANGKAH KERAJAAN TIPU PENEROKA (LKTP).

Mangsa-mangsa yang menerima hasutan beliau adalah penduduk-penduduk dari kawasan Bukit Gasing, Kg. Batangan dan Rusila sendiri. Ketiga-tiga kawasan ini, sehingga kini tiada seorang pun daripada mereka menjadi warga LKTP ataupun FELDA.

19/05/2012

INI LAH DIA ANJING2 YANG MENYALAK DIKAWASAN FELDA ??

Bantah tetapi tak tolak habuan

KUALA KRAU 17 Mei - Dulu dua peneroka ini adalah antara lapan orang yang memfailkan injunksi bagi menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB).

Namun hari ini, mereka menebalkan muka dan menelan segala tohmahan yang mereka lontarkan sebelum ini apabila tampil mengambil cek durian runtuh fasa pertama sebanyak RM5,000.

Dua peneroka berkenaan ialah Abdullah Mohd., 60, dari Rancangan Jengka 15 dan Idris Mat Sah, 61, dari Jengka 14.

Abdullah mengambil cek tersebut pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari manakala Idris pada pukul 2.30 petang.

18/05/2012

BERAMBUS KELUAR DARI FELDA JIKA DIFIKIRKAN DITIPU OLEH KERAJAAN

"Tiada sebarang paksaan kepada peneroka untuk tinggal di tanah rancangan (Felda)... sebenarnya lebih baik (mereka tinggalkan Felda) daripada mereka terus menjadi duri dalam daging bagi kelompok peneroka serta bersubahat dengan pihak tertentu untuk mengkhianati segala perjuangan dan usaha kerajaan untuk terus memajukan tanah rancangan Felda..." -Datuk Seri Ahmad Said
  
Kenapa marahkan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seorang sahaja?

Bukan Ismail Sabri seorang saja yang mengeluarkan kenyataan meminta peneroka keluar dari Felda sekiranya berasa diri mereka ditipu kerajaan dan Felda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...