Masih lagi tak puas melonjakkan kebodohan diri
sendiri demi menagih populariti dalam sebuah perjuangan yang kononnya
berteraskan dakwah. KEBODOHAN SEBELUM INI (KLIK!).
Abby Abadi tidak kurang bengapnya dengan MAHFUZ OMAR (KLIK SINI) bila
mempersoalkan kaitan FELDA & ISRAEL.
Demo kononnya Malaysia ekspot minyak sawit ke
Israel berlansung amat hambar, pelbagai angka disebut dan direka hanya untuk
puaskan hati pengikut yang diupah untuk membuat kacau bilau depan Ibu Pejabat
Felda Kuala Lumpur kelmarin.
Ada yang sebut hanya 700 orang hadir, ada yang naikkan angka demi nak jaga hati tukang bayar upah, kononnya 2000 yang hadir, ada blog mereka sendiri beri lapuran yang bernada kecewa, 400 orang yang hadir. Semuanya dah bercelaru dan tidak sekata, seolah-olah masing-masing cuba tutup bangkai hidup. Memalukan !
Pakatan haram lupa bahawa golongan muda bukan golongan yang boleh ditipu kerana mereka sendiri akan buat research tentang sesuatu isu yang ditimbulkan pakatan haram, zaman ini adalan zaman informasi di hujung jari.
Polisi negara kita cukup jelas, kita tidak akan berurus niaga dengan Israel, cukup jelas pendirian negara kita sekian lama. Pakatan haram cuba memanipulasi bagaimana minyak sawit kita ada di bumi Israel ?
Jawapan kepada persoalan yang hanya provokasi
murahan politik ini amat mudah, Malaysia tidak terlibat dan tidak berhak
menahan penjualan minyak sawit ini kepada pihak ke tiga. Mana-mana negara
pengeluar pun mempunyai polisi perdagangan yang sama, tidak berhak untuk campur
tangan urusan perniagaan pihak lain.
Sumber:kedahkekl