Translate

Memaparkan catatan dengan label JKKR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JKKR. Papar semua catatan

15/07/2012

MAT SABUN DAN NIZAR SAH JADI KELUARGA FELDA ???



Himpunan Oren: Peneroka FELDA buat laporan polis.

Pengurusan FELDA dan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Tanah Rancangan (JKKR) FELDA dari lapan tanah rancangan FELDA Wilayah Jengka hari ini membuat laporan polis bagi membantah perhimpunan Oren yang dijadual Sabtu ini.

GSF: Himpunan Oren meskipun hanya dihadiri 4,000 pesertaLaporan polis oleh lapan tanah rancangan berkenaan diwakili Pengurus FELDA Sungai Tekam, Yunus Husin, dibuat di Balai Polis Jerantut hari ini bertujuan meminta pihak berkuasa mencegah pihak terbabit daripada meneruskan demonstrasi haram tersebut.

Bernama melaporkan, Yunus berkata, Perhimpunan Oren yang dianjurkan oleh Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK) sebenarnya tidak mewakili masyarakat FELDA, sebaliknya hanya didalangi parti pembangkang.

"Bukan menjadi satu keperluan kepada masyarakat peneroka dan kakitangan FELDA untuk menyokong perhimpunan tersebut bagi membangkitkan perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan.

"Apa yang peneroka dan petugas FELDA peroleh hari ini tidak ada yang kurang malah pendapatan masyarakat peneroka jauh lebih baik daripada mereka yang berada di luar sana," katanya kepada pemberita di Temerloh pada Khamis.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...