Translate

Memaparkan catatan dengan label PAC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAC. Papar semua catatan

20/04/2016

PAC Tipu, PRU Tipu Yang Tak Tipu Hanya Mahathir

Semalam Mahathir menulis di dalam blognya mendakwa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara menipu bila membersihkan Datuk Seri Najib Tun Razak dari sebarang salah laku.

Ini kali kedua Mahathir bangkit pasal tipu, tak beberapa lama sebelum Mahathir tuduh PRU pun boleh menipu juga.

Lupakan pasal PRU tu, hari ini nak cerita pasal PAC. Ada 5 PRU yang Mahathir kendalikan semasa jadi Perdana Menteri, nak buktikan semua tu tipu perlu masa juga.

22/06/2015

"Saya kecewa ketirisan meningkat" kecewa dengan prestasi kementerian dan agensi kerajaan

Sedutan Wawancara bersama Pengerusi PAC.

Paling mengejutkan adalah sebanyak 13 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) didapati melakukan pelbagai kesalahan termasuk projek pembinaan dilaksanakan sebelum melalui proses perolehan dan projek yang tidak mengikut spesifikasi.

Ingatkan prestasi bertambah baik selepas banyak pendedahan dan teguran dibuat dalam Laporan Ketua Audit Negara pada tahun-tahun sebelum ini tetapi sebaliknya yang berlaku.

saya ada berbual dengan pegawai kerajaan yang sudah bersara. Dia menyatakan dia berkhidmat dalam jabatan kerajaan dari zaman peralihan pentadbiran British dahulu, kemudian peralihan di zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad, peralihan era Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sampai sekarang, apa yang dia perhatikan pegawai kerajaan sekarang tidak ada kebanggaan untuk bekerja.

13/12/2014

JAZLAN PERLU LETAK JAWATAN ?

Nur Jazlan tak kisah karier politik, cabar PM dan puji Adam Adli

“Saya sudah tidak kisah dengan kedudukan politik saya lagi.” Ungkapan JAZLAN yang lupa beliau adalah dipilih oleh rakyat untuk membantu serta menyelesaikan masalah dikawasannya. Tapi setelah duduk tinggi diatas, telah lupa tanggungjawab sebagai Wakil Rakyat.

Nur Jazlan berkata, tindakannya untuk berdepan pencabar atau mereka yang tidak bersetuju dengan dasar kerajaan adalah perubahan yang mahu dicipta untuk partinya.

17/06/2014

Kaji semula syarikat GLC samaada masih relevan....termasuk PERWAJA KEMAMAN & GURUN




Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan Kementerian Kewangan (MOF) membuat penilaian semula secara menyeluruh terhadap semua syarikat Badan Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk memastikan sama ada sebahagian daripadanya masih relevan untuk diteruskan.

Ini kerana kebanyakan GLC yang diwujudkan tidak memberi pulangan langsung kepada kerajaan atau pulangan yang diberikan adalah amat rendah.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Muhamad pada sidang media di parlimen, Isnin berkata ada GLC tidak menepati objektif ia ditubuhkan, tidak membawa pulangam yang memuaskan dan lemah di segi pengurusan syarikat.

"Ada GLC dah berpuluh tahun beroperasi tetapi berulangkali melakukan kesilapan tidak mengikut prosedur perolehan dan sebagainya sehingga menyebabkan ketirisan," katanya.

Jazlan mengambil contoh FELDA dan FELCRA kerana berlaku amalan perolehan yang tidak mengikuti tatacara kewangan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...