Translate

22/06/2015

"Saya kecewa ketirisan meningkat" kecewa dengan prestasi kementerian dan agensi kerajaan

Sedutan Wawancara bersama Pengerusi PAC.

Paling mengejutkan adalah sebanyak 13 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) didapati melakukan pelbagai kesalahan termasuk projek pembinaan dilaksanakan sebelum melalui proses perolehan dan projek yang tidak mengikut spesifikasi.

Ingatkan prestasi bertambah baik selepas banyak pendedahan dan teguran dibuat dalam Laporan Ketua Audit Negara pada tahun-tahun sebelum ini tetapi sebaliknya yang berlaku.

saya ada berbual dengan pegawai kerajaan yang sudah bersara. Dia menyatakan dia berkhidmat dalam jabatan kerajaan dari zaman peralihan pentadbiran British dahulu, kemudian peralihan di zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad, peralihan era Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sampai sekarang, apa yang dia perhatikan pegawai kerajaan sekarang tidak ada kebanggaan untuk bekerja.


zaman Tun Dr. Mahathir, mereka seperti lebih menyerahkan kuasa kepada menteri. Maka, mereka lebih mengikut daripada memberikan nasihat.

Sampai sekarang ini, pegawai kerajaan itu hanya ikut sahaja. Kalau ikut sahaja tidak apa, tetapi kualiti pegawai kerajaan itu rendah termasuk dari segi keupayaan. Apa yang berlaku, mereka tidak hirau, tidak baca peraturan kerajaan yang ada sekarang dan dalam banyak kes mereka tidak ikut. Itu yang jadi sekarang.

Yang paling saya takut adalah apakah masa hadapan aset kerajaan seperti aset tak alih. Sebagai contoh, Laporan Ketua Audit Negara telah fokus kepada penyelenggaraan kuarters. Dalam Laporan Ketua Audit Negara yang lepas, penyelenggaraan kuarters untuk polis, imigresen, askar dan pelbagai jabatan kerajaan lain, nampaknya tidak diberi peruntukan mencukupi. Yang kedua, bangunan kuarters pun banyak sudah berusia 20 atau 30 tahun dan sudah uzur, sampai penghuni rumah itu pun tidak dapat duduk dengan selesa.

Polis ada menyatakan kepada PAC bahawa mereka memerlukan RM250 juta setahun untuk menyelenggara kuarters yang ada. Kita tahu polis ada masalah perumahan untuk pegawai. Tambahan lagi di kawasan Johor Bahru dan kawasan saya (Pulai), sudah tidak ada tempat untuk buat kuarters. Dengan gaji pegawai polis, mereka hendak sewa rumah di kawasan bandar pun tidak mampu.

Hendak beli rumah di bandar, lupakanlah. Jadi, mereka memang memerlukan kuarters yang ada. Kerajaan perlu menumpukan perhatian kepada aspek penyelenggaraan kuarters jabatan kerajaan. Kalau polis sahaja memerlukan RM250 juta setahun untuk menyelenggara kuarters yang ada, berapakah jumlah yang sebenar untuk satu negara? Kerajaan memandang perkara ini bukan sebagai satu keutamaan, jadi mereka potong atau beri peruntukan yang kurang untuk penyelenggaraan kuarters.

Kerajaan juga mungkin perlu menyediakan peruntukan untuk membangunkan semula kuarters ini kerana kebanyakannya sudah lama dan uzur. Dalam keadaan sekarang, di kawasan bandar kena buat bangunan bertingkatlah. Kerajaan perlu tengok isu ini kerana isu ini besar. Ini aset kerajaan dan banyak kuarters terbiar pun pada masa ini.

Sumber Rujukan: KLIK SINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...