Translate

18/10/2014

JIJAH KIPAS SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA ???


KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan syarikat pelaburannya menang saman fitnah terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua yang lain.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md Said memutuskan bahawa Felda sebagai sebuah badan berkanun mempunyai hak untuk menyaman pihak-pihak di bawah Seksyen 15 (1) Akta Pembangunan Tanah 1956.


"Terdapat peruntukan undang-undang bagi plaintif (Felda) di untuk mendakwa. Oleh itu, Felda boleh memulakan prosiding sivil (terhadap defendan). Ia boleh menyaman untuk melindungi reputasinya," katanya selepas menolak isu awal yang dibangkitkan dalam perkara itu pada Jumaat.

Felda dan syarikat pelaburannya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd memfail saman terhadap Dr Wan Azizah, bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali; Editor Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib dan Rusnizam Mahat yang menulis artikel itu atas dakwaan menyiarkan dua artikel memfitnah Felda dalam akhbar berkenaan.

Felda mendakwa artikel bertajuk ‘Kontroversi’ dan ‘Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu’ menjejaskan imej mereka yang disiarkan pada 22 dan 29 Jun 2010.

Felda mendakwa penerbitan artikel itu boleh menjejaskan dan defendan sengaja menyiarkannya (Klik) untuk merosakkan kepercayaan serta keyakinan penerokaa Felda terhadap agensi itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...