Hadi punca gagalnya impian Putrajaya
Pakatan
Pakatan Rakyat (PR) tidak akan mampu menawan Putrajaya selagi
Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus menerajui PAS sebagai presidennya, kata
penganalisis, mengaitkan pemimpin konservatif itu dengan tembok kepercayaan
yang runtuh akibat cara beliau menangani hubungan dengan DAP dan PKR.
Profesor
James Chin dari Universiti Monash menyifatkan Hadi sebagai halangan utama PR
untuk mara ke Putrajaya.
"Tidak
akan ada kepercayaan (antara sesama parti dalam PR) selagi Hadi menjadi
presiden PAS. PR tidak akan maju ke depan selagi Hadi tidak diganti,"
katanya kepada The Malaysian Insider.
Pandangan
ini dipersetujui penganalisis politik Wan Saiful Wan Jan, yang berkata Hadi
bersikap tidak matang dalam menangani kemelut menteri besar Selangor.
"Apabila
Jawatankuasa PAS Pusat tidak setuju dengannya, Hadi pergi mengadu kepada badan
lebih tinggi, iaitu Majlis Syura Ulama,” katanya.
Ketua
pegawai eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) itu berkata,
sebagai presiden PAS, tindakan Hadi itu mendapat perhatian.
"Orang
melihat sikap kebudak-budakan yang ditunjukkan presiden PAS dan ini menjejaskan
kredibiliti.
"Jika
Hadi kekal presiden, selagi itu label 'tidak boleh dipercayai' akan kekal
terhadap PAS,"