Translate

17/01/2016

Alasan Proton Tak Munasabah, Ringgit Pernah Lebih Rendah

Tindakan Proton yang dipengerusikan Mahathir menaikan harga kereta keluarannya kerana faktor kenaikan ringgit, membuktikan bahawa syarikat itu masih lagi banyak mengimport peralatan membuat kenderaan dari luar, disebalik dakwaan Mahathir bahawa kewujudan Proton telah menghasilkan vendor tempatan yang mengeluarkan peralatan kenderaan.

Satu lagi pengeluar kenderaan nasional negara, Perodua, tidak pula menaikkan harga kereta, nampak sangat ada yang tak kena.

Entah kemana berbilion wang negara yang disuntik kedalam Proton sejak 1984, sehingga syarikat itu gagal membangunkan vendor tempatan dan masih bergantung kepada produk import. Lagipun alasan kenaikan ringgit ini tidak munasabah, ringgit pernah naik lebih tinggi dari sekarang, tapi Proton tak pulak naik harga?


Apa dah jadi dengan penjimatan sebanyak 4% dalam bentuk GST berbanding SST dulu (10%)?

Maka itu penulis berpandangan tindakan menaikkan harga Proton ini lebih kepada cara Mahathir melempiaskan kemarahannya kepada kerajaan akibat gagal menumbangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kerajaan harus bertindak balas dengan tidak lagi membeli kereta Proton sebagai kenderaan rasmi. Mahathir tidak rasa bersalah mengumumkan kenaikan harga Proton kerana dia tahu macam pun kerajaan akan tetap beli kereta Proton - berapa punlah harganya.

Dalam keadaan kejatuhan harga minyak yang mengurangkan pendapatan negara ini, kerajaan perlu berjimat cermat dan tindakan Proton ini tidak membantu kerajaan, buat apa kerajaan nak bantu mereka lagi?

Sumber: Balqis Sheikh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...