Translate

14/01/2016

Kajian Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) Memalukan Universiti serta Berbau Politik

PUTRAJAYA - Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) daripada 20 Universiti Awam (UA) mempersoalkan kebolehpercayaan kajian berhubung penuntut universiti yang tidak cukup makan atau kebuluran dalam kampus.

Selain menyifatkan tujuannya mencurigakan, mereka juga mempertikaikan kesahihan kajian Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) itu kerana senario sebenar di universiti tidak menjustifikasikan dapatan yang dilaporkan.

Mewakili Sekretariat Timbalan-Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Awam, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran dari Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata kajian yang merumuskan tiga daripada empat pelajar mengalami kebuluran itu juga dijalankan tanpa melalui bahagian hal ehwal pelajar universiti berkenaan.


"Kami juga ingin tahu dan persoalkan metodologi, bentuk dan jenis soalan yang digunakan semasa kajian kerana jika sekadar memerlukan jawapan ya atau tidak, dapatan tersebut tidak boleh dijadikan sebagai rumusan yang tepat.

"Hari ini, kami juga dengan tegas menjelaskan bahawa laporan itu adalah sama sekali menyimpang daripada senario sebenar di universiti," katanya pada sidang media di Kementerian Pendidikan Tinggi di sini hari ini.

Sidang media itu turut disertai Prof Datin Noor Aziah Mohd Awal dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Rohana Yusof dari Universiti Malaya (UM) dan Prof Dr Mohamed Fadzil Che Din dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Bagi Mohamed Fadzil, hasil kajian yang menyatakan tiga daripada empat pelajar mengalami masalah tidak cukup makan juga boleh disimpulkan 75 peratus pelajar di universiti menghadapi kebuluran dan jika bermaksud demikian, dapatan itu adalah keterlaluan.

Beliau tidak menolak kemungkinan bahawa kajian itu dijalankan dengan tujuan tersembunyi.

Noor Aziah pula menyatakan rasa dukacita dengan laporan tersebut kerana yakin setiap universiti sentiasa meletakkan kebajikan pelajar sebagai keutamaan.

"Sebab itu kami akin kajian itu langsung tidak punyai kebolehpercayaan apabila melihat aspek bagaimana ia dijalankan," katanya, sambil menambah sehingga kini UKM tidak menerima sebarang aduan berhubung masalah seperti itu.

Bersambung: KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...