PUTRAJAYA -
Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) daripada 20
Universiti Awam (UA) mempersoalkan kebolehpercayaan kajian berhubung penuntut
universiti yang tidak cukup makan atau kebuluran dalam kampus.
Selain menyifatkan tujuannya mencurigakan, mereka
juga mempertikaikan kesahihan kajian Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia
(MVM) itu kerana senario sebenar di universiti tidak menjustifikasikan dapatan
yang dilaporkan.
Mewakili Sekretariat Timbalan-Timbalan Naib
Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Awam, Prof Datuk Dr
Mohammad Shatar Sabran dari Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata kajian yang
merumuskan tiga daripada empat pelajar mengalami kebuluran itu juga dijalankan
tanpa melalui bahagian hal ehwal pelajar universiti berkenaan.
