SHAH ALAM - Banyak pilihan lain masih terbuka selain penubuhan Majlis Gerakan Negara (Mageran) seperti dicadangkan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang juga merupakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pakar
Undang-undang dan Perlembagaan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM), Profesor Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar berkata, Yang di-Pertuan Agong,
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mempunyai
pilihan yang luas dalam membentuk kerajaan memerintah ketika darurat disebabkan
pandemik Covid-19.
Menurutnya,
Seri Paduka Baginda tidak terikat dengan peruntukan Perlembagaan yang dalam
keadaan biasa hanya boleh melantik ahli Parlimen daripada kalangan ahli Dewan
Rakyat dan senator.
"Malah,
(Yang di-Pertuan Agong boleh melantik sesiapa sahaja) sebagai pengerusi atau
ketua Mageran pun, dengan menggunakan kuasa darurat (Yang di-Pertuan Agong)
boleh melantik orang yang tidak semestinya mendapat sokongan majoriti ahli
Dewan Rakyat.
"Oleh
itu, bukan sahaja ahli Parlimen yang boleh menjadi pilihan Yang di-Pertuan
Agong, malah teknokrat, ahli korporat dan negarawan yang mempunyai pengalaman
mentadbir negara dan mahir dalam profesion mereka boleh dilantik untuk menjadi
ahli mahu pun pengerusi Mageran atau kerajaan darurat," katanya kepada
Sinar Harian pada Jumaat.
Dalam
pada itu, Khairil Azmin berkata, fokus utama negara dan kerajaan ketika ini
ialah mencari jalan penyelesaian masalah dan mengatasi kekurangan yang ada
sekarang untuk mempertingkatkan lagi kawalan terhadap pandemik Covid-19.
Artikel
Penuh : BERSAMBUNG KLIK DISINI
©
2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf