Sesiapa yang membaca PENDEDAHAN KETUA PENERANGAN PARTI PPBM ini sudah tentu akan naik darah- kecuali anda merupakan JKOM atau ahli parti PPBM.
Dia mengaku
bukan kesemua keputusan dibuat kerajaan akan betul.
Tapi tak apa jika kesilapan dibuat
sebab besar kemungkinan ia dapat diperbaiki nanti, kata dia.
Masalahnya ialah pandemik ini bukan
masa untuk kerajaan main tikam-tikam.
Bukan masa buat trial and error. Untuk
kamu membuat kesilapan.
Sekiranya keputusan tersilap atau
salah, kehidupan dan keselamatan 32 juta Rakyat Malaysia akan terbeban dan
terancam.
Nyawa manusia akan terkorban secara sia-sia.
Masalahnya ialah kesilapan dilakukan
kerajaan adalah amat jelas di depan mata.
Dari awal-awal lagi, saya dan ramai
Rakyat yang berulang kali tegur dan beri amaran bahawa langkah kerajaan PN masa
itu merupakan kesilapan.
Tapi dituduh PN pula bahawa saya
sengaja nak raikan populariti, menghasut Rakyat atau merungut.
Kesilapan-kesilapan amat jelas
seperti:
1. Buat PKP tapi sektor penyumbang cluster dan kes terbesar
dibenarkan beroperasi tetapi lain-lain sektor yang tidak berkenaan diarah tutup.
2. Tunggu lima bulan untuk buat PKP separuh masak sebelum buat
"Total" lockdown (itupun tak Total sangat).
3. Tunggu 5 bulan untuk naikkan semula tempoh kuarantin bagi pelawat
asing dari 7-10 hari ke 14 hari walaupun masa itu banyak varian baru semakin
muncul di luar negara. Akibatnya, 3 varian baru yang amat berbahaya berjaya
merebak masuk ke negara.
4. Umum sekolah buka semula ketika kes baharu lebih tinggi
berbanding masa PKP 2.0 bermula.
Lalu suruh ibubapa untuk jangan bimbang
dan tunggu sebulan sebulan untuk tutup semula sekolah walaupun semakin banyak kluster pendidikan diumum setiap hari dalam
tempoh itu.
Akibatnya, Covid merebak melalui
murid-murid kepada ibubapa dan orang tua dalam rumai dan seterunya menular ke
dalam komuniti sehingga menjadi sporadik dan amat sukar untuk dikesan.
Akibat dari kesilapan-kesilapan yang
diperakui kamu ini:
Lebih 516 ribu orang dijangkit
Covid, hampir 3,300 nyawa terkorban dan lebih 2,200 kluster baharu dikesan dalam tempoh 5 bulan
sahaja sejak Darurat bermula.
Lebih 203 ribu orang dijangkit Covid,
lebih 2,100 nyawa terkorban dan hampir 650 kluster baharu dikesan dalam tempoh
sebulan sahaja sejak PKP 3.0 separuh masak bermula pada 12 Mei.
1,048 nyawa manusia sudah hilang
dalam 12 hari pertama "Total" Lockdown.
Walaupun dikatakan "Total"
Lockdown, 274 kluster baharu yang kebanyakannya berkait tempat kerja dikesan
dalam tempoh 12 hari ini.
Kapasiti ICU dah lama dilepasi.
Sehingga tempoh Total Lockdown terpaksa
dilanjutkan lagi 14 hari semalam.
MALAYSIA
MENJADI TOP 10 COVID DALAM DUNIA DAN JUARA COVID ASEAN.
Dan masalah masih belum selesai selepas
6 bulan Rakyat sengsara dan semakin miskin bawah PKP 2.0, PKP 3.0/3.1 dan Total
Lockdown yang tak habis-habis.
Paling mengecewakan dan sukar untuk
faham ialah seolah-olah Ketua Penerangan PPBM seorang ini dan partinya sedikit
pun tak rasa bersalah.
Link: KLIK DISINI