Kerajaan PN kata ekonomi negara akan rugi RM2.4 bilion sekiranya full lockdown seperti PKP 1.0 dibuat.
Tadi,
PM8 dedah bahawa ekonomi sedang hilang RM1 bilion sehari dalam
"Total" Lockdown Fasa 1 ini.
Maksudnya
RM1.4 bilion sehari masih beria-ria dijana oleh pemilik kilang, syarikat
pembinaan dan 120,000 buah syarikat "essential" yang diluluskan MITI.
Jadi, agaknya pihak dan sektor mana pula yang sedang tanggung
bahagian besar kerugian RM1 bilion sehari dalam tempoh ini?
Rakyat
biasa, peniaga-peniaga kecil dan sektor-sektor yang dah lama tidak dibenar
beroperasi seperti sektor pelancongan dan hiburan.
Sebab
itu, Total Lockdown perlu adil pada semua.
Bukan
menghukum mereka yang paling tidak mampu, paling tidak dapat bertahan dan tidak
patut dihukum.
Sekiranya
perlu berkorban, kita sama-sama berkorban untuk beri impak maksima bagi
memutuskan rantaian Covid secepat mungkin.
Bukan
terus dihukum sehingga bulan Disember.