Tahukah
Anda Mengapa DAP Terus Melindungi Hew Kuan Yau?
Mengapa DAP berkali-kali enggan
mengecam Superman Hew Kuan Yau untuk semua perkara-perkara yang bersifat
perkauman dan jahat yang beliau katakan seperti “Use
Melayu to Skrew Melayu to watch best show of
lifetime”, “Religious leaders like Hadi use religion to steal
money and hamsap aunties” atau “Malays
in the kampung are stupid”?
Mengapa tiada langsung kecaman dari DAP atau Lim Kit Siang atau Lim
Guan Eng atau mana-mana pemimpin tertinggi terhadap mereka yang jelas bersifat
perkauman?
Ia
adalah kerana banyak ceramah DAP kecil-kecilan, di kedai-kedai kopi dan di
tempat-tempat akar umbi dalam bahasa Cina membawa mesej yang sama seperti
apa yang Superman Hew katakan.
Itulah sebabnya DAP tidak boleh dilihat mengecam mesej-mesej ini atau
mengatakan ia adalah mesej yang salah. Menghentam Superman Hew secara
umum sebagai salah bermakna melumpuhkan keseluruhan mesej kempen akar umbi.
Sebaliknya, Lim Guan Eng masih menjaga Superman Hew dengan baik dan
sehingga hari ini, mereka turut memberinya pekerjaan yang selesa sebagai
kurator muzium di sebuah institusi yang ditaja oleh kerajaan Pulau Pinang.
Tidak ada sebarang alasan waras dan tidak ada alasan lain yang boleh
diterima yang menjadi sebab mengapa DAP terus melindungi Superman Hew untuk
perbuatan jahat dan mesej-mesejnya yang bersifat perkauman
secara terang-terangan itu.
Melihat pujian Mahathir dan tindakan beliau mempromosikan DAP secara
umum seperti dalam kebanyakan catatan blognya baru-baru ini, beliau mungkin
tidak sedar bahawa mesej Superman Hew bahawa DAP dan Lim Kit Siang hanya
menggunakan Mahathir yang sudah rosak itu kerana beliau akan mati tidak lama
lagi telah disebarkan oleh akar umbi.
Sumber: KLIK DISINI