Entah berpandu FATWA MANA dan oleh siapa, Pengerusi
Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad merumuskan bahawa ‘PAS BUKAN SEBUAH PARTI ISLAM’
Nampaknya,
beliau hanya menggunakan logik akal apabila berhujah bahawa PAS tidak layak
menjadi parti Islam kerana parti itu dikatakan turut dianggotai ahli bukan
Islam.
“PAS kalau dia bercampur dengan bukan Islam, dia jadi kafir.
Takkan dia boleh. Dia tidak boleh. Dia orang yang pegang kepada prinsip, dia
tahu kalau orang yang campur dengan kafir (maka) dia jadi kafir.
“Jadi
la ni pasal dia bercampur dengan DAP dulu, saya anggap parti PAS ini tak
Islam,” katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen, baru-baru ini.
Beliau
mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa
manifesto partinya adalah naskah yang diteliti dan mengambil kira pandangan
banyak pihak termasuk daripada bukan Islam.
Ini
bukan kali pertama Dr Mahathir cuba ‘mengacah dan mencemar’ imej PAS dengan
mengaitkannya isu ‘kafir atau tidak kafir’ membabitkan PAS.
Sebelum
ini Pengerusi PPBM itu melabel Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,
sebagai ‘kafir’ dan ‘pengkhianat’ kerana bekerjasama dengan Umno-Barisan
Nasional (BN).
Bagaimanapun
Hadi sebaliknya, mengumumkan beliau memaafkan Dr Mahathir atas faktor usianya
yang sudah lebih 90 tahun dan menasihati bekas perdana menteri itu bertaubat.
Jika
diturut logik Mahathir, satu perkara yang sudah pasti ialah, parti pimpinannya,
PPBM, juga bukan sebuah parti Islam kerana bersekongkol dengan parti dominan
Cina, DAP.
Ini
bermakna walaupun Amanah menegaskan terbabit dalam politik Malaysia kerana mahu
menggantikan PAS sebagai sebuah parti Islam juga gagal kerana terkait dengan
“ketidakIslaman” DAP.
Logik
Mahathir ini membabitkan PKR juga. Ia adalah sebuah parti yang membuka keahlian
kepada bukan Melayu dan bukan Islam. Sudah tentu ini bermakna PKR juga sebuah
parti politik yang tidak berpaksikan ajaran Islam.
Jika
setiap kerabat PH tidak layak dipanggil parti politik Islam, apa yang Mahathir
dapat?
Sumber: KLIK DISINI
Sumber: KLIK DISINI