Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim MENGINGATKAN
AGAR RAKYAT, KHUSUSNYA ORANG MELAYU agar
membuat pilihan yang tepat dengan mengundi kerajaan pada pilihanraya umum ke 14
nanti.
Tunku
Abdul Aziz, yang juga bekas Timbalan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP)
memberi amaran agar orang Melayu tidak dipergunakan oleh mana-mana pihak parti
politik, KHUSUSNYA DAP untuk mencapai agenda yang MAMPU
MENGADAI MASA DEPAN ORANG MELAYU.
Beliau menyatakan bahawa ORANG MELAYU SEHARUSNYA BERSATU
memandangkan perpecahan bangsa Melayu terlalu ketara dan ini mampu memberi
ruang bagi pihak ketiga memecahkan lagi orang Melayu.
Selain itu, beliau turut menyatakan
bahawa nasib orang Melayu kini berada di tangan masing-masing dan jika perpecahan di antara orang Melayu berterusan, kaum Melayu tidak akan ada
masa hadapan yang cerah.
“Perpaduan Melayu adalah sangat
penting. Dan jika Melayu berpecah. MAKA BERAKHIRLAH KAUM MELAYU,”
katanya ketika bual bicara khas bersama Xpress Tv tengahari tadi.
Menurut Tunku Abdul Aziz lagi, parti
seperti DAP hanya menggunakan orang Melayu bagi mendapat sokongan demi mencapai
agenda mereka iaitu untuk mentadbir negara.
Tambahnya, STRATEGI DAP kini
adalah menggunakan ikon-ikon seperti bekas pemimpin kerajaan, tokoh-tokoh politik dan juga ahli akademik untuk
menarik penyokong dari golongan muda, terutama sekali golongan professional.
Tunku Abdul Aziz turut berkata bahawa
DAP tidak mampu untuk meraih kemenangan dengan bergantung harap hanya kepada
sokongan orang cina semata-mata.
“Mereka (DAP) tidak mampu berkembang
dan maju tanpa pertolongan dan sokongan daripada orang Melayu. Mereka tidak
suka mengaku hakikat ini, tetapi mereka terpaksa menelan dan menerima hakikat
ini,” katanya.
Sepanjang berada dalam parti tersebut,
Tunku Abdul Aziz dapat melihat sikap DAP yang tidak menyukai orang Melayu akui
parti tesebut adalah rasis dan cauvinis.
Pada 23 Ogos 2008, Tunku Abdul Aziz
menyertai DAP sebagai Timbalan Pengerusi parti tersebut dimana beliau turut
mengangkat sumpah sebagai Senator di Pulau Pinang pada 31Mei 2009 dan
mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi dan sekaligus
meninggalkan DAP pada 14 Mei 2012.
Sumber: KLIK DISINI
Sumber: KLIK DISINI