Translate

Memaparkan catatan dengan label Orang Melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Orang Melayu. Papar semua catatan

20/03/2018

#PRU14: ORANG MELAYU HARUS BERJAGA JAGA

Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim MENGINGATKAN AGAR RAKYAT, KHUSUSNYA ORANG MELAYU agar membuat pilihan yang tepat dengan mengundi kerajaan pada pilihanraya umum ke 14 nanti.

Tunku Abdul Aziz, yang juga bekas Timbalan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) memberi amaran agar orang Melayu tidak dipergunakan oleh mana-mana pihak parti politik, KHUSUSNYA DAP untuk mencapai agenda yang MAMPU MENGADAI MASA DEPAN ORANG MELAYU.

Beliau menyatakan bahawa ORANG MELAYU SEHARUSNYA BERSATU memandangkan perpecahan bangsa Melayu terlalu ketara dan ini mampu memberi ruang bagi pihak ketiga memecahkan lagi orang Melayu.

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa nasib orang Melayu kini berada di tangan masing-masing dan jika perpecahan di antara orang Melayu berterusan, kaum Melayu tidak akan ada masa hadapan yang cerah.

“Perpaduan Melayu adalah sangat penting. Dan jika Melayu berpecah. MAKA BERAKHIRLAH KAUM MELAYU,” katanya ketika bual bicara khas bersama Xpress Tv tengahari tadi.

Menurut Tunku Abdul Aziz lagi, parti seperti DAP hanya menggunakan orang Melayu bagi mendapat sokongan demi mencapai agenda mereka iaitu untuk mentadbir negara.

Tambahnya, STRATEGI DAP kini adalah menggunakan ikon-ikon seperti bekas pemimpin kerajaan, tokoh-tokoh politik dan juga ahli akademik untuk menarik penyokong dari golongan muda, terutama sekali golongan professional.

Tunku Abdul Aziz turut berkata bahawa DAP tidak mampu untuk meraih kemenangan dengan bergantung harap hanya kepada sokongan orang cina semata-mata.

“Mereka (DAP) tidak mampu berkembang dan maju tanpa pertolongan dan sokongan daripada orang Melayu. Mereka tidak suka mengaku hakikat ini, tetapi mereka terpaksa menelan dan menerima hakikat ini,” katanya.

Sepanjang berada dalam parti tersebut, Tunku Abdul Aziz dapat melihat sikap DAP yang tidak menyukai orang Melayu akui parti tesebut adalah rasis dan cauvinis.

Pada 23 Ogos 2008, Tunku Abdul Aziz menyertai DAP sebagai Timbalan Pengerusi parti tersebut dimana beliau turut mengangkat sumpah sebagai Senator di Pulau Pinang pada 31Mei 2009 dan mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Timbalan Pengerusi dan sekaligus meninggalkan DAP pada 14 Mei 2012.

Sumber: KLIK DISINI

19/03/2013

DAP AKAN TUKAR PERLEMBAGAAN SERTA MERTA

Kedua-dua barua inilah yang merencanakan Orang Melayu akan merempat di tanah air sendiri
Mendengar ceramah penerangan oleh Saudara Razali Rahman bekas ahli DAP JELUTONG dan merupakan salah seorang bangsa melayu yang dipilih dan dilatih oleh Israel untuk memusnahkan bangsa melayu dan agama Islam amat menggerunkan .

Sebaik sahaja Pakatan Rakyat yang dikepalai oleh DAP memenangi Pilihan Raya ke 13 nanti perkara utama yang akan dilakukan ialah meminda Perlembagaan Persekutuan. Perkara-perkara yang paling DAP benci sekali ialah Perkara yang melibatkan Raja-raja Melayu dan Hak-Hak orang Melayu. Perkara-Perkara berikut akan dipinda serta merta:

22/12/2012

Dr Mahathir: Orang Islam lemah kerana terlalu bergantung kepada orang lain

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sebab utama orang Islam lemah ialah kerana mereka tidak boleh mempertahankan diri sendiri dan terlalu bergantung kepada orang lain.

"Mereka juga mengabaikan pengetahuan seperti matematik, sains, seni bina dan teknologi yang diperlukan oleh agama.

12/10/2012

INILAH DIA PKR SEBENAR

Projek Datum Jelatek

Projek yang digembar gemburkan sebagai projek Mewah oleh PKR..kini menjadi satu realiti.. http://www.datumjelatek.com/ KLIK DISINI
ironiknya..tapak bekas rumah pangsa PKNS yang 100% nye terdiri dari orang Melayu dipasarkan di Singapura pada minggu lepas. Harga indikatif paling rendah ialah sebanyak RM500,000.
Apakah nasib kawasan Melayu di tangan PKR….mengapa pusat jualan dibuka di Singapura dan bukan di Malaysia?..

25/09/2012

NASIHAT TUN MAHATHIR RENONGI LAH

Tun Mahathir - Saya sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.

Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.


26/08/2012

DAP Bukan Parti Untuk Orang Melayu

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk SeriDatuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan parti pembangkang DAP tidak mewakili semua kaum di Malaysia sebaliknya lebih mewakili bukan Melayu.
Sehubungan itu, orang Melayu yang telah menyertai parti politik itu katanya, perlu sedar mereka tidak mempunyai sebarang peranan penting dalam parti yang diterajui oleh bukan Melayu.
“Orang Melayu dalam DAP memang tiada apa -apa fungsi dan saya harap mereka sedar.
“Saya rasa mereka tidak perlu berfikir panjang atau lebih mendalam kerana hakikatnya parti DAP bukan untuk orang Melayu,” katanya.

23/07/2012

Kepentingan Melayu didahulukan walaupun saya orang Cina



KUALA LUMPUR, 20 Julai — Kepentingan orang Melayu didahulukan kerana perlembagaan negara mengatakan Melayu itu adalah Islam walaupun beliau adalah orang Cina, kata Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah.
“Pergaulan luas dengan orang-orang Melayu yang menyebabkan saya masuk Islam,” katanya semasa berucap di majlis pelancaran bukunya yang bertajuk, “Masih Adakah Ketuanan Melayu” dan “Cabaran Saudara Baharu di Malaysia” di Auditorium Kementerian Pertahanan (Mindef) pagi ini.
“Dalam perlembagaan Melayu itu adalah Islam.
“Sebab itu saya mementingkan Melayu walaupun saya adalah orang Cina,” kata Dr Ridhuan Tee, yang terkenal kerana kelantangannya mengkritik parti pembangkang.
Ini adalah faktor mengapa beliau mempertahankan Melayu lebih dari orang Melayu sendiri, kata Dr Ridhuan Tee dalam ucapannya lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...