Isnin, 23 Julai 2012

Kepentingan Melayu didahulukan walaupun saya orang Cina



KUALA LUMPUR, 20 Julai — Kepentingan orang Melayu didahulukan kerana perlembagaan negara mengatakan Melayu itu adalah Islam walaupun beliau adalah orang Cina, kata Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah.
“Pergaulan luas dengan orang-orang Melayu yang menyebabkan saya masuk Islam,” katanya semasa berucap di majlis pelancaran bukunya yang bertajuk, “Masih Adakah Ketuanan Melayu” dan “Cabaran Saudara Baharu di Malaysia” di Auditorium Kementerian Pertahanan (Mindef) pagi ini.
“Dalam perlembagaan Melayu itu adalah Islam.
“Sebab itu saya mementingkan Melayu walaupun saya adalah orang Cina,” kata Dr Ridhuan Tee, yang terkenal kerana kelantangannya mengkritik parti pembangkang.
Ini adalah faktor mengapa beliau mempertahankan Melayu lebih dari orang Melayu sendiri, kata Dr Ridhuan Tee dalam ucapannya lagi.
Kedua buku-bukunya dirasmikan oleh menteri pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Dr Ridhuan Tee menulis kedua-dua bukunya dan ditujukan kepada mendiang ibunya yang tidak memeluk agama Islam.
“Saya dedikasikan buku ini kepada mendiang ibu saya,” kata Dr Rihuan Tee sambil mengalir air matanya.
Pelancaran buku ini turut dihadiri oleh Datuk Haji Shahlan Ismail, setiausaha politik perdana menteri (PM), Datuk Dr Ma’amor Osman, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), dan Prof Datuk Dr Alias Abdullah yang meneruskan majlis diskusi “Bicara Buku” untuk mebahas kedua-dua buku Dr Ridhuan Tee.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...