KUALA LUMPUR
- Bekas kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terus menolak Tun
Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Pakatan Harapan dan mahu perubahan
pentadbiran dilakukan.
Bekas Exco Pemuda Bersatu, Muhd
Syazwan Ahmad Zainal, berkata, PAKATAN HARAPAN KINI BERADA DALAM KEADAAN KUCAR KACIR hanya
disebabkan oleh Mahathir yang mahu kembali ke Putrajaya.
"Anwar Ibrahim akan bebas
tak lama lagi. Beliau ada ketokohan dalam pentadbiran dan beliau pernah paling
rapat dengan Tun dan tahu apa yang telah dilakukan Tun terhadap politik negara.
"Masa pentadbiran Tun dulu,
kita tahu siapa yang jadi penyumbang kepada politik beliau. Jadi jika beliau
dapat kembali ke Putrajaya, beliau akan naikkan semula kroni-kroni ini.
"Lihat apa yang berlaku
zaman reformis dulu di mana penyokong-penyokong Anwar di tahan. Golongan ini
telah menjauhkan diri daripada Pakatan Harapan.
"Apabila mereka jauhkan
diri, maka undi boleh hilang," katanya dalam sidang media di pekarangan
Hospital Rehabilitasi Cheras, hari ini.
Kira-kira 200 Pemuda Bersatu
berhimpun secara aman sambil memegang sepanduk menyatakan penolakan terhadap
Mahathir.
Selepas kira-kira 45 minit
berhimpun, Muhd Syazwan menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Cabang
Pakatan Rakyat Bandar Tun Razak, Hanafiah Md Amin untuk perhatian Anwar.
Sumber: KLIK DISINI