PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad menjelaskan apa yang beliau lakukan terhadap raja-raja Melayu
sebelum ini bukanlah bermakna beliau menolak institusi diraja.
Sebaliknya
beliau berkata, apa yang dilakukan itu hanyalah mahu mengelakkan daripada
raja-raja menimbulkan rasa marah rakyat sehingga rakyat memberontak.
Katanya, ini termasuklah menggubal
undang-undang bagi MENUBUHKAN MAHKAMAH KHAS RAJA-RAJA.
“Kita kena jaga, raja janganlah terlibat dengan
benda-benda yang rakyat tidak suka. Rakyat tiada kuasa, tetapi bila dia dah
marah, dia akan memberontak. Jangan jadi macam ini.
“Jadi
kita kena elak raja dengan kebesarannya itu supaya tidak tercemar. Saya bukan
menolak raja-raja tetapi saya berpendapat bahawa KALAU RAJA BUAT SESUATU
YANG SALAH, PATUTLAH KITA AMBIL TINDAKAN iaitu menyelamatkan raja.
