Kelihatan seperti kebanyakan masyarakat Cina pada
umumnya menolak Pakatan kerana bersekongkol dengan Mahathir. DAP dilihat akan dihancurkan dalam pilihan raya
akan datang kerana asas sokongan tradisional mereka berpaling arah akibat rasa meluat.
Petikan tulisan
Zhang Mu Qing:
“Selepas tsunami 308, ramai yang
optimistik bahawa politik perkauman akan ditolak. Malangnya, selagi masih adanya Mahathir, berhentilah
bermimpi!
Tidak kira sama ada Pakatan Harapan telah menganggap diri mereka
bersatu dalam apa jua nama, kini terdapat dua barisan: satu diketuai oleh Najib
dan satu lagi oleh Mahathir.
Jika Najib dan Mahathir bertanding di kawasan saya, saya akan berasa
mudah untuk membuat keputusan. Undi saya akan pergi ke Najib dan bukan Mahathir
yang ceramahnya penuh berbaur perkauman.
Saya tidak akan membuang undi rosak. Merosakkan undi adalah sama
seperti menyokong kebangkitan perkauman.”
Sumber: Nanyang Siang Pau