Tok Laki didahulukan dan rakyat ditinggalkan ???
Baguslah undi lagi JIJAH KIPAS.... dan padan muka!!
Kajang ni dah selalu
sangat banjir... boleh kata asal hujan lebat saja mesti banjir kilat, bukan
baru sejak 2009 lagi, sudah lebih lima tahun, persoalan kepada penduduk sekitar
Kajang kini... apa YB buat, tak kan dok tengok saja.
ADUN Kajang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tak boleh 'cuci tangan' kata
dia YB baru... ini kerana YB sebelum ini di Kajang pun YB PKR, yang mana beliau
merupakan orang nombor satu parti yang perintah Selangor.
Ramai peniaga yang geleng kepala... asyik datang melawat saja tak selesai
masalah, apa perancangan YB hendak selesai masalah ini banjir ini?
Pada Rabu, hujan lebat yang melanda pusat bandar Kajang dan beberapa
kawasan di sekitar daerah itu sekali lagi menyebabkan berlaku banjir kilat.
Hujan hampir tiga jam itu bermula kira-kira 2 petang, mengakibatkan paras
air di Sungai Jelok melimpah dan longkang tersumbat.