Translate

Memaparkan catatan dengan label ROS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ROS. Papar semua catatan

21/04/2018

RAIS YATIM KETUA PENGARAH ROS YANG BARU ?'

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Nazri Abdul Aziz membidas Tan Sri Rais Yatim yang membangkitkan isu kesahihan parti itu.
Nazri berkata, RAIS TIDAK PERLU MASUK CAMPUR memandangkan soal itu bawah bidang tugas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
ROS sudah membuat keputusan berhubung penangguhan pemilihan Umno berdasarkan peruntukan sedia ada, katanya lagi.
"Sejak bila Rais jadi ketua pengarah (ROS)? Selepas ini dia boleh memohon untuk jadi ketua pengarah secara kontrak, biar dia buat kerja kalau dia rasa (ada perkara) tidak betul.
"Bagi Bagi saya tak perlu kacau kerja ketua pengarah ROS. Biarkan dia buat kerjanya dan jangan ada tekanan daripada mana-mana pihak," katanya kepada Malaysiakini.
Semalam, Rais yang merupakan tokoh veteran Umno menggesa MT parti itu mendapatkan pengisytiharan mahkamah sama ada penangguhan dua kali pemilihan Umno sah atau tidak.

05/04/2018

#PRU14: TAHNIAH DAN SYABAS ATUK MADEY - PPBM DIBUBARKAN

SHAH ALAM: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dipercayai akan MEMBUBARKAN PENDAFTARAN PPBM HARI INI.

Satu sidang akhbar mengenai dijadualkan pada jam 2.30 petang ini di pejabatnya di Putrajaya.

Portal Malaysiakini melaporkan ia berkaitan Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan 1966 berhubung pembatalan pendaftaran.

Ia berbunyi “Jika butir-butir yang dikehendaki diberi di bawah seksyen-kecil (2) tidak diberi dalam tempoh yang dinyatakan dalam perintah itu, atau dalam tempoh lanjutan masa yang dibenarkan oleh Pendaftar, maka Pendaftar bolehlah membuat suatu perintah sementara bagi membubarkan pertubuhan itu.”

Antarapos sedang menghubungi pemimpin-pemimpin PPBM untuk mendapatkan pengesahan berhubung perkara ini.

Sumber: KLIK DISINI

03/01/2018

AGM PPBM ‘SYOK SENDIRI’, TIDAK IKUT PERLEMBAGAAN

PUTRAJAYA, 2 Jan — Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) digesa membuat SIASATAN TERPERINCI terhadap MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) PERTAMA PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (PPBM) pada Sabtu lalu kerana didakwa TIDAK MENGIKUT PERLEMBAGAAN  PARTI.
Ketua Bahagian PPBM Temerloh Amerus Che Onn yang membuat dakwaan itu berkata AGM pada Sabtu lalu dilihat ‘syok sendiri’ kerana hanya memperjuangkan kepentingan individu tertentu dan tiada inisiatif untuk menyelesaikan kemelut dalaman parti.
 “Pemilihan perwakilan ke AGM tidak dibuat ikut perlembagaan parti. TIADA PERHIMPUNAN DI PERINGKAT CAWANGAN  DAN BAHAGIAN untuk memilih perwakilan hadir AGM pertama itu. Selain itu, perhimpunan untuk Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dan Srikandi juga tidak diadakan.

27/11/2017

WAYANG MAHATHIR 'GEMPAK ROS' TIDAK MENJADI - PADAN MUKA

AGAK MUSTAHIL jika difikirkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dapat menjangka ada sesuatu yang tidak kena dengan permohonan empat parti pembangkang yang dipimpinnya dalam Pakatan Harapan (PH) untuk berdaftar sebagai sebuah entiti politik.

Sebagai seorang ahli politik veteran yang terkenal dengan ketegasan dan disiplin “hati keringnya” sebagai seorang doktor, sudah tentu beliau tidak akan membiarkan PERMOHONAN ITU DIPETI-SEJUKKAN oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS).

Dr Mahathir pernah membuat pengakuan bahawa sebagai seorang doktor, falsafah pentadbirannya ialah jika sesuatu isu itu perlukan tindakan segera beliau sentiasa bersedia melakukannya demi ‘menyelamatkan kepentingan lebih besar’.

Lantas bila beliau merungut dan memaksa diri untuk menemui Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ia menjentik sedikit keraguan sama ada beliau sebenarnya hanya ‘berlakon’ untuk menjadikan isu berkenaan suatu sensasi politik.

Nasibnya agak kurang baik kerana pada Isnin 20 November lalu tarikh beliau mahu bertemu Zahid, kebetulan Timbalan Perdana Menteri yang pernah ditahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dilihat condong kepada politik saingannya, Anwar Ibrahim, Zahid tiada di pejabat.

21/07/2017

DAP Parti Sombong Dan Angkuh Perlu Diberi Pengajaran

SIK, 20 Julai (Bernama) -- DAP disifatkan sebagai sebuah parti yang sombong dan angkuh berikutan keengganan mereka mengakui kesilapan sebaliknya menyalahkan pihak lain kononnya mahu menjatuhkan parti itu menjelang pilihan raya umum akan datang, kata seorang anggota Majlis Tertinggi UMNO.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata kesombongan DAP terserlah selepas enggan mengakui kesalahan untuk mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu yang baharu.

"
DAP ini daripada dahulu angkuh dan sombong. Dalam Parlimen dan berceramah pun tetap kata mereka yang betul. Orang lain semua tak betul dan dia seorang sahaja yang betul.

07/07/2017

DAP PURA2 BUAT TERKEJUT KENYATAAN ROS

DAP akan mengadakan mesyuarat tergempar esok di Kuala Lumpur untuk membincangkan arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) supaya parti itu membuat pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) baharu.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata walaupun masih belum menerima surat, DAP melihat arahan terbaru RoS itu sebagai satu tindakan yang serius.
Menurutnya, pihaknya perlu meneliti isi kandungan surat rasmi daripada RoS kepada DAP terlebih dahulu, sebelum menentukan tindakan yang akan diambil parti.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sambutan pengiktirafan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO di ‘The Majestic Theatre’ di sini hari ini, beliau berkata keputusan muktamad akan dibuat oleh CEC dalam mesyuarat esok namun ia tertakluk kepada kandungan surat rasmi daripada RoS.

14/07/2015

BUKAN SAJA MAK JANDA TAPI PALANIVEL PUN MEROYAN ??

Mahkamah Tolak Rayuan Palanivel, Arahan RoS Kekal

PUTRAJAYA, 13 Julai (Bernama) -- Bekas Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan tiga yang lain gagal pada Isnin untuk mengetepikan arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) supaya parti itu mengadakan pemilihan semula.

Mahkamah Rayuan menolak rayuan yang dikemukakan oleh Palanivel, Naib Presiden MIC Datuk S. Sothinathan dan Datuk S. Balakrishnan serta bekas Setiausaha Agung MIC A. Prakash Rao.

Dengan keputusan itu, arahan RoS dikekalkan.

03/03/2015

MENTERI BANGANG > BODOH TAK BOLEH DIAJAR, PANDAI TAK BOLEH DITEGUR ?


KUALA LUMPUR: Presiden Parti Kongres India Se-Malaysia (MIC), Datuk Seri G. Palanivel yakin beliau akan memenangi pemilihan semula parti itu yang dijangka akan diadakan beberapa bulan akan datang.

Beliau berkata lebih tiga ribu cawangan MIC telah menyatakan sokongan terhadapnya walapun parti itu kini berhadapan dengan krisis dalaman.

"Di Facebook sahaja kira-kira 800 ribu menyatakan sokongan kepada saya sama ada daripada badan kerajaan atau daripada badan bukan kerajaan. Saya akan melakukan perjuangan di tiap-tiap tempat dan jumpa ahli di setiap bahagian.

05/11/2014

PANAS !!!! LIM GUAN ENG LETAK JAWATAN ?


BUKAN LETAK JAWATAN KETUA MENTERI, TAPI LETAK JAWATAN PEMEGANG AKAUN PPS....HAAA.

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri mengisytiharkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang sebagai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff dalam satu kenyataan hari ini berkata pengisytiharan yang dibuat semalam (3 November) itu mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966.

Beliau berkata peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] adalah berkaitan kuasa menteri dalam mengisytiharkan sesebuah pertubuhan sebagai menyalahi undang-undang.

01/06/2013

SAH DAP DIHARAMKAN DAN APA JADI DENGAN KEPUTUSAN PRU 13 YANG LALU ???

Dua PUKIMAK dan Sialan serta HARAMJADAH
DAP diarah serah dokumen, bukti 

KUALA LUMPUR - DAP telah menerima surat arahan daripada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) supaya menyerahkan dokumen dan bukti bagi membantu siasatan berkenaan kegagalan memberi notis kehadiran kepada anggota parti itu yang layak untuk hadir pada Kongres Kebangsaan Parti, 15 Dis lepas.
   
Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata pihaknya diberi tempoh sehingga 6 Jun ini untuk membalas surat itu dan mereka akan berbuat demikian dalam masa terdekat.
   
Beliau berkata dalam surat itu ROS hanya meminta DAP menyertakan bukti penghantaran notis kepada empat cawangan tertentu sahaja iaitu cawangan Taman Sri Sungai Pelek, Selangor; Taman Nesa Skudai, Johor; Desa Dahlia dan Ladang Paroi di Seremban. KLIK

29/01/2013

DAP HILANG MARUAH ... Akar Umbi Mahu Tukar Nama Kepada AAP ... 'Autocratic Action Party'

Isu keputusan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP baru-baru ini, kelihatan tidak berkesudahan dengan hari ini DAP Cawangan Desa Dahlia, Senawang membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) di Seremban berhubung apa didakwa sebagai penipuan terhadap sistem demokrasi.

Laporan itu dibuat pengerusi DAP cawangan itu Richard Francis dan naib pengerusinya Jesu Dason kepada Pegawai Pendaftar ROS Zainor Shida Arshad.

Pada sidang akhbar selepas membuat laporan itu, Richard mendakwa pemilihan itu jelas menunjukkan ada amalan ala kuku besi atau autokratik dalam parti berkenaan.

19/09/2012

Setengah juta dana Soros masuk ke Suara Anak Haram


soross

Bukan sikit-sikit, lebih setengah juta dana asing yang diterima olah Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan lebih membimbangkan dana berjumlah RM558,000 diterima dari NGO yang dikaitkan dengan spekulator mata wang, George Soros (gambar).

Mendedahkan perkara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berdasarkan dokumen masing-masing bertarikh 17 Oktober 2007, 18 Disember 2008 dan 12 Februari 2010, dana berjumlah keseluruhan AS$188,775.65 diterima Suaram daripada Open Society Institute di New York di mana Soros ialah pengasas dan pengerusi NGO terbabit.

Beliau berkata, daripada siasatan didapati surat tawaran penyaluran dana itu dialamatkan kepada Pengarah Eksekutif dan Pemangku Pengarah Suaram.

“Saya dimaklumkan secara tidak rasmi bahawa Suaram tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), jadi mengikut undang-undang mereka tidak boleh menerima wang atau menandatangani apa-apa perjanjian.

07/07/2012

SUARAM PERLU DIHARAMKAN KERANA BUKAN SUARA RAKYAT MALAYSIA ???



Suaram diberi 7 hari serah SSM dokumen

KUALA LUMPUR - Suara Inisiatif Sdn Bhd, syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) diberi tempoh tujuh hari untuk mengemukakan dokumen relevan mengenai syarikat tersebut.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata satu notis mengenai arahan itu diserahkan semalam kepada setiausaha syarikat berkenaan dan juga melalui pos berdaftar, mengikut Seksyen 7B (2) Akta Syarikat 1965.
Beliau berkata, notis itu mengarahkan Suara Inisiaif menyerahkan dokumen bersabit penubuhan Suaram dan penyata akaun kewangan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...